Page 102 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 102
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
respondents consisted of 39 science trainee teachers at IPG Kampus Dato’
Razali Ismail using a purposive sampling method. The data was analyzed
descriptively and omitted through a regression test using Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) version 26.0. The results of the study showed that the
online learning environment factor that influences the commitment of science
trainee teachers is the technology which is 30.3 percent. The findings also show
that the learning environment factors such as space is at a high level while
technology as well as resources and facilities are at a moderate level. In
conclusion, this study will help trainee teachers, lecturers, administrators and
the Ministry of Education Malaysia to improve online learning method at the
Institute of Teacher Education so that the commitment of trainee teachers can be
increased to produce more competent and holistic teachers that can adapt the
evolution of education in Malaysia
Keywords: Learning environment, online learning, commitment. COVID-19
Pandemic.
PENDAHULUAN
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberikan impak yang besar
kepada kehidupan manusia dalam politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan
perkhidmatan negara. Bahkan impaknya turut mempengaruhi sektor pendidikan
negara. Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sehingga 27
Januari 2021 jumlah kes COVID-19 telah mencecah 101,089,948 dan kematian
sebanyak 2,174,743 (WHO, 2021). Bagi memutuskan rantaian wabak dengan
mengawal penularan virus, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Antara pelaksanaan
semasa PKP adalah penutupan semua institusi pendidikan, institusi pengajian
tinggi dan institusi latihan kemahiran di seluruh negara. Hal ini menyebabkan
pembelajaran dan pengajaran secara konvensional ditangguhkan dan menjadikan
tugasan para pelajar semakin mencabar kerana perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan yang baharu.
Latar Belakang Kajian
Sejak pelaksanaan PKP ini, pengoperasian bagi Institut Pendidikan Guru (IPG)
dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan sentuhan rapat antara
pengajar dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Semasa PKP, aliran trafik
internet di seluruh negara pada minggu pertama mempunyai peningkatan
sebanyak 23.5 peratus dan meningkat sebanyak 8.6 peratus pada minggu
kedua (SKMM, 2020). Peningkatan capaian internet ini antaranya disebabkan
oleh medium pembelajaran di Malaysia telah bertukar secara drastik melalui
kaedah secara dalam talian (Abdul Rashid Abdul Aziz et al., 2020). Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi ini menepati anjakan ketujuh yang
97

