Page 16 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 16
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
soal selidik atau rakan sekerja lain (bergantung pada perspektif ujian) (Nanda et
al., 2013). Ujian pra informal dapat memberikan maklumat yang sangat berguna
mengenai kekurangan instrumen, yang merangkumi: soalan yang mungkin
disalah faham, susun atur yang mengelirukan, arahan yang mengelirukan,
masalah tipografi dan sebagainya. Kekurangan ini dapat dikesan pada peringkat
awal soal selidik melalui ujian pra informal (Presser et al., 2004). Berdasarkan
dapatan yang diperolehi semasa ujian pra, beberapa item yang diadaptasi
daripada kompetensi digital, terjemahan perkataan telah diperbetulkan, supaya
lebih jelas, contohnya item SYQ2: I find the online learning to be flexible to
interact with. Terjemahan yang disyorkan oleh responden: Saya berasa mudah
untuk berinteraksi dengan pembelajaran atas talian. Beberapa perkatan yang
diterjemah mempunyai maksud yang kabur seperti item DC5: I can debate the
effect of existing and emerging technologies on individuals and society. Syor
semasa ujian pra yang telah ditambah baik “Saya boleh menjelaskan kesan
teknologi yang ada dan yang baru muncul kepada individu dan masyarakat”.
Walaupun back-translation telah dibuat oleh sekumpulan pakar, penggunaan
kaedah back-translation tidak menghapuskan masalah yang mungkin timbul
daripada perbezaan bahasa atau budaya. Memandangkan soal selidik yang asal
dalam bahasa Inggeris, masalah terjemahan dan penggunaan kata mengikut
budaya sesuatu populasi perlu diberi perhatian. Auchter dan Stansfield (1997)
menggambarkan masalah yang mungkin timbul apabila membuat terjemahan
daripada instrumen asal. Maka terdapat keperluan untuk menggunakan kaedah
terjemahan yang betul dalam menterjemahkan instrumen bagi mengelakkan
kekeliruan responden semasa menjawab soal selidik. Kesukaran biasa yang
berlaku semasa proses terjemahan itu adalah bahawa perkataan-perkataan dalam
bahasa sumber tidak mempunyai perkataan yang sama dalam bahasa sasaran
(Brislin, et al., 1973). Oleh itu, menurut (Brislin, 1970; Brislin et al., 1973;
Bullinger et al., 1993; Sechrest et al., 1972) menambah ujian pra (pre-test)
adalah perlu walaupun selepas terjemahan yang teliti. Oleh itu, proses ujian pra
secara kognitif dan pra ujian informal yang telah dijalankan telah dapat
membaiki bahasa dan penggunaan perkataan yang tepat dalam soal selidik.
Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah lengkap sepenuhnya bagi
digunakan untuk analisis selanjutnya. Tiada tanda tertentu yang wujud seperti
kesilapan ejaan, pengulangan ayat dan perkataan yang mempunyai dua maksud
wujud ketika soal selidik ini ditadbir, seterusnya menjamin intrumen boleh
digunakan.
KESIMPULAN
Setelah gambaran umum mengenai trend pendidikan dalam talian semasa wabak
pendemik melanda sekarang, terdapat keperluan untuk perubahan secara
mandatori dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam persekitaran
hari ini. Fokus kurikulum sedia ada telah berubah begitu pantas kepada yang
11

