Page 127 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 127
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KOMPETENSI KEPIMPINAN SPIRITUAL PEMIMPIN
PERTENGAHAN: SATU ANALISIS FUZZY DELPHI
1 Sukor Beram, Marinah Awang, Phd, Ramlee Ismail, Phd, Norzalina Noor,
2
3
4
5
Phd & Muhammad Nidzam Yaakob, Phd
1 Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng Perak
2, 4 , 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
5 IPG Kampus Darulaman, Kedah
abicorrie@gmail.com
ABSTRAK
Dalam menyediakan kumpulan sokongan kepimpinan terbaik di institusi
pendidikan di Malaysia, kumpulan pemimpin pertengahan perlu diperkasakan
dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Pemimpin pertengahan merupakan
nadi dan penghubung antara pengurusan tertinggi dengan kumpulan pendidik
serta staf sokongan lainnya. Oleh itu, pemimpin pertengahan perlu memiliki
pelbagai kompetensi dalam mengimbangi fungsi mereka sebagai pemimpin dan
pengikut pada satu-satu masa. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan
kesepakatan pakar terhadap konstruk kompetensi kepimpinan spiritual bagi
pemimpin pertengahan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method (FDM).
Instrumen soal selidik yang mengandungi konstruk dan elemen kompetensi
spiritual telah dikemukakan kepada seramai 30 orang pakar dari pelbagai bidang
dan latar belakang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa panel pakar
bersetuju dengan konstruk dan elemen kompetensi kepimpinan spiritual yang
dikemukakan. Nilai threshold semua 9 elemen yang diuji memenuhi syarat
d≤0.2, memperoleh kesepakatan pakar melebihi 75% dengan nilai antara 93%
sehingga 100% persetujuan, dan melepasi syarat nilai alpha cut melebihi 0.5 (α-
cut≥0.5) iaitu dengan nilai antara 0.878 hingga 0.950. Proses defuzzification yang
dijalankan menerusi FDM juga telah menyusun semula semua elemen spiritual
berdasarkan pangkatan yang dipersetujui oleh pakar. Kajian ini berjaya
mengemukakan satu konstruk baharu dengan mengambil kira elemen-elemen
penting dalam konteks kompetensi yang melibatkan pemimpin pertengahan yang
bersesuaian dengan konteks kepimpinan pendidikan di Malaysia.
Kata kunci : pembangunan model, model kompetensi, kompetensi spiritual
122

