Page 130 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 130

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                keupayaan dalam melaksanakan tugas (Boyatzis, 2011; Gentry, et al., 2013).
                Selanjutnya, Slocum, et al., (2008) pula menjelaskan kompetensi merupakan satu
                gabungan melibatkan kombinasi aspek pengetahuan, kemahiran, tingkah laku
                dan sikap. Kombinasi ini menjadi indikator utama yang menyumbang kepada
                kecekapan seseorang individu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan
                berkesan.

                Sementara itu,  Ukey  (2014)  menyatakan  bahawa  kompetensi  mampu
                membezakan seorang individu dengan individu lain. Beliau turut memberikan
                jenis kompetensi yang diperlukan oleh individu termasuk kompetensi generik,
                kompetensi pengurusan atau penyeliaan, dan kompetensi kefungsian. Beliau
                turut menyatakan bahawa kompetensi yang diperlukan oleh setiap organisasi
                adalah berbeza bergantung kepada peranan dan objektif organisasi berkenaan.
                Dengan  lain  perkataan,  Ukey  berpandangan  bahawa  tidak  ada  satu set
                kompetensi yang dapat memenuhi keperluan semua institusi kerana setiap
                institusi adalah unik. Kecekapan dan kompetensi pemimpin pertengahan di
                institusi pendidikan perlu diberi perhatian khususnya dalam era pendidikan abad
                ke-21 dan RI4.0. Kecekapan sumber manusia dalam bidang pendidikan dilihat
                begitu kritikal (Ramlee, et al., 2018) dan penambahbaikan secara berterusan amat
                diperlukan. Perkara ini turut melibatkan aspek kompetensi dalam kalangan
                pemimpin pertengahan bagi memastikan pemimpin yang  dilantik benar-benar
                kompeten dan mampu menggalas tanggungjawab (Norazian & Chua, 2015). Di
                samping itu, aspek kompetensi ini perlu dimiliki oleh pemimpin pertengahan
                bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan (Abang Adam, 2018;
                Abd.Razak,  2017;  McKenzie & Varney, 2018) seperti mana yang dihasratkan
                oleh KPM. Kompetensi ini penting kerana mereka adalah penghubung antara
                pemimpin atasan dengan pegawai lain dalam organisasi pendidikan (De Nobile,
                2018; Grootenboer, 2018) dan menjadi pemimpin yang dirujuk di peringkat unit
                atau jabatan. Oleh itu, model kompetensi khusus perlu dibangunkan untuk
                kegunaan pemimpin pertengahan pendidikan (Abd Razak, 2017; Sukor, et al.,
                2019).

                Peranan Pemimpin Pertengahan

                Secara dasarnya, pemimpin pertengahan merupakan pemimpin barisan hadapan
                dalam menangani pelbagai isu dalam organisasi mahupun di luar organisasi.
                Pemimpin pertengahan  merupakan  pemimpin  yang  berada  dalam  dua  situasi,
                iaitu sebagai pemimpin dan pengikut. Mereka memainkan peranan sebagai
                penghubung antara  pemimpin atasan dengan pegawai di bawah kawalannya
                (Ding, et al,, 2019; Grootenboer, 2018; Guglielmino & Carroll, 2008; Teh, et al.,
                2020).  Pernyataan  ini  juga  adalah bertepatan dengan takrifan pemimpin
                pertengahan sebagai pemimpin yang berada di lapisan  tengah organisasi, dan
                memiliki tanggungjawab terhadap pegawai atasan, serta pada masa yang sama
                menyelia kakitangan bawahannya (Hellriegel, et al., 2008). Dengan kata lain,
                pemimpin pertengahan ini bersifat sebagai pengikut kepada pemimpin utama,

                                                                                    125
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135