Page 167 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 167

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              Norkhaizatul (2019) menunjukkan dengan jelas kreativiti  kanak-kanak  masih
              pada tahap  yang  rendah kerana tema  diberi sebagai  panduan  telah  menyekat
              perkembangan  kreativiti semula jadi mereka untuk melakar. Zenep (2019), pula
              menyimpulkan bahawa boleh dikatakan pendidikan prasekolah  meningkatkan
              kreativiti kanak-kanak dengan cara yang positif. Rumusan kajian lepas berkaitan
              hal ini seperti di Jadual 2.

              Jadual 2:   Trend Kreativiti Awal Kanak-Kanak

              Pengarang                            Tajuk                       Tahun
              Safinah, Tyler &   Can Children Learn Creativity From A Social Robot?   2019
              Cynthia
              Zeynep           Investigating the Creativity of Children in Early   2019
                               Childhood Education Institutions
              Rofidah, Firdaus,   Eksplorasi lakaran bertema kenderaan serta kesan
              Zainuddin &,     terhadap kreativiti kanak-kanak.                2019
              Norkhaizatul
              Zabelina &       Child’s play: Facilitating the originality of creative   2010
              Robinson         output by a priming manipulation
              Chae             Adaptation of a picture-type creativity test for pre-  2003
                               school children
              Daugherty        Creativity and private speech: Developmental trends.   1993
              Smolucha &       A fifth piagetian stage: The collaboration between   1985
              Smolucha         logical and analogical thinking in artistic creativity
              Gardner          Art, Mind and Brain: A cognitive approach to    1982
                               creativity

              Kajian Kreativiti dengan Persekitaran Rumah

              Persekitaran rumah merujuk kepada segala jenis nilai moral, etika, emosi, iklim
              sosial dan intelek yang disediakan oleh ahli keluarga bagi  keseluruhan
              perkembanagn individu (Sharma,  2011). Keluarga dengan aspek-aspek fizikal,
              intelek dan emosi membentuk kehidupan kanak-kanak yang menimba ilmu
              pengetahuan dan pengalaman melalui interaksi dengan persekitaran
              memandangkan     banyak   masa   dihabiskan  di   kawasan   kediamannya
              (Bronfenbrenner, 1986). Berdasarkan kajian literatur, didapati rumah dan sekolah
              merupakan antara faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti
              kanak-kanak (Fisher, 2013; Lew & Cho, 2013; Lina & Selcuk, 2018; Makhmalbaf
              & Do, 2007;  Nievar  et  al.,2011;  Sharma,  2011). Kanak-kanak menghabiskan
              kebanyakan masa mereka di rumah. Walaupun ada yang menghabiskan masa di
              luar seperti pusat jagaan harian, tadika atau sekolah, kebanyakan mereka tetap
              mengenali rumah sebagai ruang tetap dan mereka rasa selamat. Hasil kajian
              menunjukkan bahawa terdapat hubungan  yang signifikan antara keupayaan
              berfikir kreatif dan personaliti kreatif dengan persekitaran rumah yang
              kreatif.(Lew  dan Cho, 2013; Lina & Selcuk, 2018; Sharma,  2011).  Rumusan
              kajian lepas berkaitan hal ini seperti di Jadual 3.



                                                                                   162
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172