Page 169 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 169

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              itu, faktor ganjaran juga menjadi penyebab kepada kesungguhan murid  selain
              dari galakan yang diberi.

              Hasil kajian Mohamad et al. (2009), menunjukkan bahawa taraf pendidikan ibu
              bapa juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
              dalam pelajaran. Pelajar yang ibu bapanya berpendapatan tinggi, pekerja
              professional, taraf pendidikan tinggi, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan
              mempunyai aspirasi professional. Manakala murid tidak cemerlang pula terdiri
              daripada murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah, pekerja perkhidmatan,
              taraf pendidikan ibu bapa rendah, tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa
              dan mempunyai aspirasi kerja perkhidmatan. Latar belakang dan sosiobudaya
              keluarga juga memainkan peranan penting dalam peningkatan potensi kreatif
              kanak-kanak  (Chien & Hui, 2010;  Fearon  et al.,  2013;  He  Wu, 2010;  Lim &
              Smith, 2008; Miller et al., 2012; Palaniappan, 2005).

              Sebagai  kesimpulannya,  latar  belakang  keluarga yang  juga  dikenali  sebagai
              status ekonomi keluarga yang meliputi taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan dan
              pendapatan keluarga, mempengaruhi perkembangan kanak-kanak serta
              menentukan nilai sesebuah keluarga dalam sesuatu masyarakat. Oleh itu, kajian
              ini amat penting dijalankan dengan harapan kreativiti kanak-kanak prasekolah
              akan meningkat selaras dengan peningkatan pendapatan isi rumah dan
              pengurangan kemiskinan rakyat Malaysia. Jadual 4 adalah rumusan kajian lepas.

              Jadual 4:    Pembentukan Kreativiti dan Sosioekonomi Keluarga

             Pengarang                              Tajuk                       Tahun
                                Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi
             Wan Hanafi et. al.    pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di   2014
                                Kelantan
             Fearon et al.      The Relationship Between Parenting Styles and    2013
                                Creativity in a Sample of Jamaican Children
             Miller et al.      Parenting Style, Perfectionism, and Creativity in High-  2012
                                Ability and High-Achieving Young Adults.
             Zarinah &          Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti   2011
             Rozumah            tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko
             Chien & Hui        Creativity in early childhood education: Teachers’   2010
                                perceptions in three Chinese societies
             He Wu              In Search of an explanation for a creativity Slump   2010
                                Status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap
             Mohamad et. al.    pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah   2009
                                Malaysia
             Lim & Smith        The Structural Relationships of Parenting Style, Creative   2008
                                Personality, and Loneliness
                                Influence of parent education and family income on child
             Davis-Kean         achievement: The indirect role of parent expectations   2005
                                and the home environment.
             Palaniappan        Creativity and academic achievement: A Malaysian   2005
                                perspective
             Magnuson & Duncan    Parents in poverty                             2002
             Caldwell & Bradley   Home observation for measurement of the environment   1984

                                                                                  164
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174