Page 96 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 96
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Rajah 5: Bahan pembentangan seperti Video Tik Tok dan Powerpoint.
5. Penilaian kuantitatif
Penilaian 1. Menilai kefahaman pelajar dengan menjawab soalan pra (sebelum
(evaluate) pembelajaran topik Speciation) dan Ujian penilaian pos (di akhir
pembentangan)
2. Soalan dalam bentuk Google Form
Rajah 6: Contoh soalan Analisis Pra dan Pos menerusi Google Form
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan bagi
menganalisis data yang telah dikumpul. Penyelidik menggunakan analisis
deskriptif melalui pengiraan peratus pencapaian Ujian penilaian pra dan pos
berdasarkan taburan soalan mengikut aras Bloom. Manakala Ujian-t bagi
menganalisis secara inferensi untuk menganalisis kesan intervensi pembelajaran
secara inkuiri. Rajah 7 menunjukkan peratus pencapaian responden menerusi
ujian pra dan pos berdasarkan taburan soalan mengikut aras Bloom. Berdasarkan
peratus pencapaian untuk ujian penilaian pra, soalan aras C1 & C2 bagi
kumpulan konvensional dan eksperimen adalah 45.7 peratus dan 47.9 peratus. Ini
mungkin disebabkan responden mempunyai pengetahuan sedia ada menerusi
pembelajaran topik sebelumnya iaitu Biodiversiti dan Ekologi membantu mereka
menjawab soalan aras ini. Bagi soalan aras C3 dan C4, peratus pencapaian
91

