Page 92 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 92
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
pembelajaran intervensi berasaskan inkuiri terbimbing. Kedua- dua kumpulan ini
menjawab soalan ujian penilaian pra sebelum pembelajaran topik ini dijalankan.
Ujian penilaian Pos dijalankan untuk kumpulan 1 dan 2 selepas tempoh
pembelajaran yang sama iaitu selama dua minggu (6 jam tutorial). Kedua- dua
kumpulan menjalani proses PdP dalam talian sepenuhnya.
Instrumen soalan ujian penilaian pra dan pos bagi menguji tahap pencapaian
pelajar terhadap topik Speciation dibangunkan berdasarkan CLO (Course
Learning Outcome) (Shahrul Hisham, et al., 2020), dan aras Taksonomi Bloom.
Ujian penilaian ini mengandungi 15 soalan objektif dengan tiga aras Bloom.
Untuk menghadapi abad ke-21, kaedah inkuiri perlu melibatkan daya pemikiran
pada aras tinggi sehingga membolehkan murid memikirkan ‘beyond’.
bertanyakan soalan merupakan jantung pembelajaran berasaskan inkuiri
(Shamsina, 2012). Jadual 1 menunjukkan taburan soalan di dalam set ujian
penilaian pencapaian. Kajian rintis juga turut dijalankan bagi mendapatkan
kesahan dan kebolehpercayaan terhadap instrumen yang telah dibangunkan. Nilai
kebolehpercayaan yang telah diperolehi ialah r = 0.81.
Jadual 1: Taburan Soalan berdasarkan Aras Bloom dan CLO
Nombor Aras bloom CLO (Penguasaan)
soalan
1-5 C1 & C2 Konsep asas dan teori
6-10 C3 Pemahaman
11-15 C4 Penyelesaian masalah & aplikasi
Jumlah soalan : 15
Reka bentuk aktiviti PdP dengan bantuan teknologi (PdP dalam talian)
Reka bentuk aktiviti PdPc dalam kajian ini telah mengadaptasi kesinambungan
pengajaran model pembelajaran inkuiri 5E (Bybee, 2009). Model 5E ini terdiri
daripada fasa pelibatan (engage), penerokaan (explore), penerangan (explain),
pengolahan (elaborate) dan penilaian (evaluate). Jadual 2 di bawah menerangkan
dengan lebih terperinci aktiviti PdP yang telah dijalankan dengan berpandukan
kepada model pembelajaran inkuiri. Pengkaji menyiapkan semua proses
pembelajaran sebelum memulakan sesi pengajaran dengan implementasi
pendekatan saintifik, bagi meminumkan pengarahan serta dapat melakukan
kreativiti dalam kegiatan pengajaran Sains (Dewi, 2016).
87

