Page 98 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 98

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                menandakan responden dari kedua-dua kumpulan memiliki pencapaian yang
                sama atau sekata untuk topik ini.


                Jadual 3:  Ujian-t Faktor Kumpulan Konvensional dan Eksperimen untuk Ujian
                                  Penilaian Pra

                  Kumpulan         N     min       sp       dk        t        Sig
                 Konvensional     28     2.96      1.23
                  Eksperimen      28     3.29      1.28     54      0.996      0.32

                Jadual 4, menunjukkan dapatan analisis ujian-t bagi ujian penilaian pos didapati
                min untuk kumpulan konvensional adalah 9.04 berbanding kumpulan
                eksperimen 12.32. Terdapat perbezaan yang ketara antara dua kumpulan di mana
                min untuk kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi.  Analisis didapati nilai t=
                7.03 dengan nilai sigma (2-  tailed) menunjukkan sig= 0.01. Nilai ini
                menunjukkan nilai yang lebih kecil berbanding alpha (p<0.05). Maka dengan ini
                untuk ujian pos boleh disimpulkan terdapat perbezaan yang signifikan antara dua
                kumpulan iaitu konvensional dan eksperimen selepas intervensi PdP berasaskan
                inkuiri dijalankan. Ini bermakna intervensi yang dijalankan oleh penyelidik
                terhadap pelajar memberi kesan yang positif terhadap pencapaian responden.


                Jadual 4:  Ujian-t  Faktor Kumpulan Konvensional dan Eksperimen untuk Ujian
                          Penilaian Pos

                   Kumpulan        N      min        sp       dk      t      Sig
                  Konvensional     28     9.04      1.82
                   Eksperimen      28    12.32      1.68      54     7.03    0.01

                Kelebihan pembelajaran inkuiri dalam talian sangat membantu responden dalam
                menyiapkan tugasan inkuiri. Daripada pemerhatian yang dibuat, pelajar sentiasa
                mengemaskini maklumat menerusi ruangan komen di  padlet  dengan pautan
                laman web atau bahan bacaan yang dirujuk. Malah pelajar juga membuat rujukan
                menerusi jurnal tempatan dan antarabangsa. Ini menunjukkan pelajar membuat
                penerokaan sepenuhnya dengan pencarian menerusi  Google  search education
                untuk mencari maklumat berkaitan tugasan.

                Kebolehan  pelajar  dalam  mengakses  dan  menggunakan  aplikasi  Google
                education dan padlet jelas kerana pelajar sentiasa aktif berkongsi bahan di padlet
                yang digunakan sebagai medium utama perkongsian maklumat hasil penerokaan.
                Ini juga menunjukkan pelajar memahami arahan yang dikeluarkan secara maya
                menerusi  Google  Slide  yang dikongsi melalui  Google  Classroom. Lebih unik
                lagi pelajar berkongsi pautan  Padlet  menerusi  WhatsApp  kelas dengan alasan



                                                                                      93
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103