Page 99 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 99

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              mudah untuk membaca dan berkongsi maklumat menerusi telefon pintar serta
              sentiasa menyedari post- post baharu yang dibuat oleh ahli kumpulan lain.

              Kelebihan yang  didapati  menerusi  pembelajaran  dalam talian  ini mampu
              membantu kolaborasi antara pelajar dan juga bersama pensyarah. Ini
              diperhatikan oleh pengkaji menerusi ruangan komen di Padlet di mana pelajar
              menjadikannya sebagai ruangan  chatting  jika mereka menghadapi sebarang
              masalah    dalam   pencarian   maklumat    mahupun    dalam    berkongsi
              maklumat.Menurut (Elizabeth, 2018).  Aplikasi Padlet boleh digunakan sebagai
              alat pembelajaran yang sangat berkesan kerana ianya boleh menggabungkan
              kerja berkumpulan, menonjolkan kreativiti, pelibatan aktif, serta sentiasa dapat
              mengikuti maklumat terkini menerusi perkongsian dalam satu  platform yang
              sama.  Ini menunjukkan pelajar sangat memberi komitmen serta menunjukkan
              minat dalam pembelajaran dalam talian  serta pelajar lebih terarah dan berada
              dalam landasan yang betul. Penyertaan langsung dalam pembelajaran secara
              inkuiri ini dapat meningkatkan kemahiran pemahaman dan proses sains mereka
              dalam kajian masa depan kimia dan sains lain (Green, et.al, 2004).


              KESIMPULAN

              Pembelajaran  berasaskan  inkuiri  terbimbing  dalam talian  merupakan satu
              alternatif baharu dalam menyediakan PdP abad ke-21 yang efektif. Pendekatan
              pembelajaran sebegini memberi peluang untuk pelajar menerokai topik yang
              perlu dipelajari dalam keadaan virtual (non-face to face) sepenuhnya dan
              menggalakkan pelajar menjalankan pembelajaran secara kendiri yang lebih aktif.
              Ia amat berbeza dengan pendekatan tradisional yang bersifat tutorial atau kuliah
              di mana pelajar akan hanya didedahkan dengan maklumat berkaitan topik dan
              diikuti dengan latihan susulan. Banyak kajian lampau menunjukkan pendekatan
              pembelajaran inkuiri sangat membantu pemahaman pelajar,  maka dengan
              integrasi teknologi untuk pembelajaran  dalam talian  yang diterapkan dalam
              pembelajaran, aktiviti- aktiviti penyoalan, penerokaan, dan penyelesaian tugasan
              serta aplikasi menjadi mudah serta amat penting bagi memastikan pembelajaran
              berpusatkan pelajar (pembelajaran Abad ke-21) dilaksanakan walaupun
              menerusi pembelajaran secara  maya.  PdP  menjadi lebih kreatif dan berfokus
              serta mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan
              teknologi menerusi pembelajaran  dalam talian. Kajian ini menunjukkan
              kesediaan serta kemampuan pelajar dalam menjalani PdP secara inkuiri dengan
              integrasi teknologi secara  dalam talian  yang lebih berkesan. Oleh itu,
              pengintegrasian teknologi dalam proses PdP adalah amat relevan dan diperlukan
              dalam dunia pendidikan hari ini bagi melahirkan generasi berpengetahuan dan
              celik teknologi ICT.




                                                                                    94
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104