Page 91 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 91
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
sangat luas serta agak sukar untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar kerana
melibatkan proses evolusi dalam penghasilan atau perubahan pada spesies
haiwan atau tumbuhan dalam ekosistem. Menurut Britannica online,
pembentukan spesies baharu dan berbeza dalam proses evolusi perlu difahami
bermula daripada pembentukan spesies asal dan bagaimana perindustrian atau
perubahan mod habitat mewujudkan penghasilan sub-spesies berdasarkan
perpindahan genetik, perubahan adaptif, pengasingan dan hibridisasi. Kesukaran
dalam memahami evolusi berlaku kerana pelajar sukar untuk membuat bayangan
minda akan proses yang terjadi. Kefahaman aras tinggi menerusi pembacaan dan
konsep secara analogi mampu membantu pelajar memahami dan kuasai tajuk
ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui
pembelajaran secara inkuiri terbimbing untuk membantu pelajar menjawab
soalan aras tinggi (C3 & C4) dalam pembelajaran dalam talian untuk mata
pelajaran Biologi topik Speciation. Selain dari itu, kajian ini bertujuan mencari
satu platform pengajaran yang berpusatkan pelajar dalam mencapai objektif
pembelajaran untuk topik ini.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang ingin dijawab adalah:
1. Adakah pengajaran secara inkuiri terbimbing berkesan untuk membantu
pelajar menjawab soalan aras tinggi bagi mata pelajaran Biologi topik
Speciation?
2. Adakah kaedah pengajaran yang dilaksanakan dapat mewujudkan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan ujian penilaian Pra dan
Pos yang diberi dalam bentuk Google form. Seramai 56 pelajar (4 kelas tutor)
Biologi SB025 semester 2 dari program dua semester telah dipilih secara rawak.
Pelajar ini dibahagi kepada dua kumpulan mengikut faktor kajian iaitu
Kumpulan 1: Konvensional yang menjalankan pembelajaran topik Speciation
secara tradisional manakala Kumpulan 2: Eksperimen yang menjalani
86

