Page 97 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 97
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
adalah pada tahap rendah iaitu kumpulan konvensional C3= 7.9 peratus, C4= 5.7
peratus dan kumpulan eksperimen C3= 16.4 peratus dan C4= 1.4 peratus.
Analisis untuk peratus pencapaian ujian pos pula menunjukkan aras C1 & C2
bagi kumpulan konvensional adalah 88.6 peratus dan kumpulan eksperimen 92.1
peratus. Dalam kumpulan konvensional penguasaan untuk soalan aras C3 dan C4
berada pada tahap rendah iaitu C3= 55.7 peratus dan C4= 37.0 peratus. Manakala
bagi kumpulan eksperimen, tahap penguasaan yang baik dicapai iaitu C3= 79.3
peratus dan C4= 75.7 peratus. Ini membuktikan pembelajaran secara intervensi
inkuiri untuk tajuk Speciation membantu responden memahami dan menguasai
konsep dengan lebih baik serta membantu dalam menjawab soalan aras tinggi
iaitu C3 dan C4. Penyertaan langsung dalam pembelajaran secara inkuiri ini
dapat meningkatkan kemahiran pemahaman dan proses sains pelajar (Green,
et.al., 2004). Pencapaian peratus keseluruhan bagi kumpulan konvensional,
sebanyak 60.5 peratus manakala bagi kumpulan eksperimen sebanyak 82.3
peratus. Secara kesimpulannya, pembelajaran intervensi inkuiri membantu
responden untuk menjawab soalan ujian pos dengan lebih baik.
Rajah 7: Peratus Pencapaian Ujian Pra & Pos Kumpulan Konvensional dan
Eksperimen mengikut Soalan Aras Bloom
Seterusnya dapatan kajain hasil analisis inferensi ujian-t, dapat dilihat menerusi
Jadual 1 dan 2. Ujian- t dijalankan untuk melihat sama ada wujud atau tidak
perbezaan min markah dalam kalangan responden sebelum dan selepas menjalani
intervensi ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan Jadual 3, didapati min untuk
ujian pra bagi kumpulan konvensional ialah 2.96 manakala bagi kumpulan
eksperimen adalah 3.29. Terdapat perbezaan antara dua kumpulan di mana min
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan konvensional. Namun
berdasarkan nilai t= 0.996 dan nilai sigma (2-tailed) menunjukkan sig= 0.32.
Nilai ini menunjukkan nilai alpha lebih besar berbanding nilai sig (p<0.05).
Maka bolehlah disimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara dua kumpulan ini dalam menjawab soalan penilaian ujian pra. ini
92

