Page 33 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 33
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjuang di medan perangKetika zaman Rasulullah saw, Abu Bakar al-Siddiq telah
menyerahkan segala harta bendanya demi menegakkan agama AllahKetika zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab kedudukan Baitulmal telah dikukuhkan untuk menguruskan
harta kerajaan yang sebahagiannya disumbangkan oleh umat Islam.
KESIMPULAN
Jihad mempunyai kedudukan yang sangat penting dan istimewa di dalam Islam. Ganjaran bagi orang
yang berjihad dalam Islam adalah sangat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat rahmat, keampunan
dan syurga daripada Allah s.w.t. Sudah semestinya Allah s.w.t. berhak menguji keimanan dan kesabaran
manusia dengan melihat pergorbanan dan perjuangan yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
Soalan17: Terangkan konsep jihad dan strategi peperangan yang diamalkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW
PENDAHULUAN
Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa
kesejahteraan dan keamanan kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Munculnya konsep
pertahanan dalam Islam yang bertujuan untuk melindungi kesucian agama Islam daripada musuh-musuh Islam.
Konsep pertahanan dimantapkan dengan konsep jihad untuk menyemarakkan semangat tentera Islam dalam
menyebarkan agama Islam. Hasilnya umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW merangka pelbagai
strategi dalam peperangan demi mencapai kemenangan dalam jihad melawan musuh Islam, memartabatkan
agama Islam dan menyebarkan agama Islam.
ISI-ISIPENTING
1. Konsep Jihad
● Perkataan jihad berasal dari kata akar “jahada” bererti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan berjuang.
Dalam istilah bahasa, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga danusaha untuk mencapai cita-cita iaitu
menegakkan syiar Islam. Dalam istilah syarak, jihad bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan,
berjuang dalam menentang hawa nafsu, berjuang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam
menegakkan agama Allah. Menurut Abu‟ a‟la al-Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar suatu
perjuangan, ia adalah perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah adalah syarat utama bagi jihad dalam Islam.
Terdapat pelbagai jenis jihad dalam Islam termasuklah Jihad dalam peperangan.
2. Strategial-Saf/ Sistem Berbaris
● Antara strategi perang yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah strategi al-saf. Kaedah
dalam strategi ini ialah membahagikan tentera kepada dua barisan. Barisan pertama berada dibahagian
hadapan yang terdiri daripada tentera pejalan kaki dan penunggang kuda. Mereka bersenjatakan tombak,
pedang, dan perisai. Manakala barisan kedua pula berada di posisi belakang yang terdiri daripada para
pemanah yang bersenjatakan panah dan perisai serta diketuai oleh pemegang bendera. Strategi ini telah
digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar. Dalam perang tersebut bilangan tentera Islam
berjumlah 313 orang dan berhadapan dengan tentera musuh sebanyak 3000 orang.
3. Strategi Menggali Parit dan Bertahan
● Selain itu, strategi menggali parit dan bertahan. Dalam strategi ini parit akan digali disekeliling kubu penting
atau bandar bagi menghalang tentera musuh memasuki kawasan tersebut. Parit juga bertujuan untuk
menghalang tentera musuh dapat memasuki kawasan penting seperti adanya sumber mata air untuk
melemahkan mereka. Strategi ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang al-Ahzah hasil
cadangan Salman al-Farisi. Dalam perang ini tentera Islam sebanyak 3000 orang berhadapan dengan
musuh sebanyak 10000 orang. Parit digali untuk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah.
Dalam perang itu,tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
34

