Page 32 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 32

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ●     Ketika zaman Khalifah Al-Rasyidin pula  golongan al-Riddah telah diperangi
                                      untuk mempertahankan kedudukan Islam.

               2.  Menegakkan Daulah Islamiah
               ●  Jihad politik penting untuk menegakkan Daulah Islamiah. Jihad untuk menegakkan sebuah negara di mana
                   Islam adalah menjadi teras kepada agama, politik, undang-undang dan organisasi institusi di mana Al-
                   Quran dan Sunnah adalah panduan utama.
               ●  Nabi Muhammad saw sejak awal penubuhan negara Islam Madinah menjadi sumber wahyu sebagai asas
                   pemerintahan  baginda.  Piagam  Madinah  yang  berasaskan  wahyu  telah  menjadi  perlembagaan
                   negara.Pembentukan  ummah  dilaksanakan  di  Madinah  bagi  menegakkan  sebuah  negara
                   Islam.Pemerintahan berasaskan musyawarah dan syura dilaksanakan.Diteruskan oleh pemimpin zaman
                   Khalifah Al-Rasyidin.
               ●  Perjuangan  jihad  menentang  kerajaan  Rom  dan  Parsi  yang  berlaku  sejak  zaman  Rasulullah  saw  juga
                   menunjukkan perlunya jihad bagi menegakkan kerajaan dan wilayah Islam.
               ●  Jihad  dilaksanakan  dalam  tiga  peringkat.  Yang  pertama,  penduduk  disesuatu  kawasan  itu  akan  diajak
                   memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam. Sekiranya mereka
                   menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar`jizyah dan Islam akan
                   diimplimentasikan ke atas mereka dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana
                   umat  Islam.  Sekiranya  pelawaan  ini  ditolak  juga,  maka  tatkala  itu  barulah  kekuatan  ketenteraan  akan
                   digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam
               ●  Tujuannya supaya Islam dibawa ke seluruh kawasan baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para
                   sahabat.

               3.  Melahirkan Insan Yang Bertaqwa
               ●  Jihad melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Penglibatan dalam peperangan  secara tidak
                   langsung menggambarkan bahawa individu tersebut berusaha memenuhi tuntutan syariat Islam. Apabila
                   seorang individu mengetepikan kesenangan dan berjuang dengan bersungguh-sungguh, maka peranan
                   jihad  telah  memperkasakan  ketahanan  dan  pertahanan  tentera  Islam.  Kepentingan  jihad  juga  ialah
                   ganjaran dan jaminan syurga kepada orang yang syahid dalam peperangan. Memang dinyatakan dalam
                   al-Quran bahawa orang yang syahid kerana jihad fisabillillah menentang orang kafir demi menegakkan syiar
                   Islam  dijanjikan  balasan  syurga  kepada  mereka.  Perkara  ini  menjadi  peluang  dan  pendorong  penguat
                   semangat tentera Islam bagi melaksanakan jihad. Tentera Islam tidak gentar menghadapi musuh dalam
                   Perang Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda tentera Islam.
               ●  Selain  itu  kesanggupan  mengetepikan  rasa  sayang  akan  harta  dunia  turut  meningkatkan  ketaqwaan
                   seseorang insan.Perasaan sayang akan harta digambarkan melalui kesediaan mengorbankan harta yang
                   disayangi  melalui  pemberian  zakat  dan  sedekah.Umat  Islam  juga  digalakkan  berjihad  dengan
                   menyumbangkan sebahagian daripada harta yang dimiliki sebagai satu tanda ketaqwaan mereka.
               ●  Jihad melawan hawa nafsu pula akan membersihkan jiwa seseorang insan daripada sebarang hasutan
                   syaitan.Ia  dapat  memerangi  sifat-sifat  yang  bertentangan  dengan  syariat  Islam   yang  wujud  dalam  diri
                   seseorang bagi tujuan membersihkan jiwa hati.

               4.   Menggalakkan Pembangunan Ekonomi
               ●  Selain itu kepentingan jihad juga adalah dapat menggalakkan pembangunan ekonomi masyarakat Islam.
               ●  Jihad  mempertahankan  negara  akan  memastikan  kelangsungan  pembangunan  ekonomi  negara  dan
                   wilayah Islam daripada ancaman musuh-musuh Islam.
               ●  Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad ke jalan Allah.   Bagi golongan yang kaya dan
                   berkemampuan  mereka  boleh  berjihad  dengan  cara  menyumbang  dalam  bentuk  harta  benda  dan
                   kewangan.Sumbangan  boleh  disalurkan  dalam  bentuk  zakat,  cukai  dan  sedekah.Sumbangan  ini  dapat
                   digunakan  untuk  pembangunan  ekonomi  Islam.  Kegiatan-kegiatan  ekonomi  dapat  dilaksanakan  seperti
                   kegiatan pertanian dan perdagangan.
               ●  Disamping  itu  jihad  ekonomi  ini  juga  dapat  digunakan  oleh  pihak  yang  berkuasa  dalam  membasmi
                   kemiskinan dan kemunduran masyarakat Islam. Usaha ini juga dapat menyokong mereka yang sedang
                                                                                                               33
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37