Page 77 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 77
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
terkemuka iaitu Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua
tokoh ini memimpin gerakan Islah (gerakan pemulihan Islam) iaitu gerakan
penentangan tanpa senjata. Gerakan ini bersifat intelektual bertujuan membangkitkan kesedaran
rakyat. Gerakan Islah agak berbeza dengan gerakan penentangan anti-Barat yang lebih bersifat fizikal.
Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan
kemerdekaan.
• Perjuangan Jamaluddin al-Afghani termasuk menentang imperialisme Barat terhadap dunia Islam
khasnya Mesir, mendesak para pemimpin negara Islam menerima teknologi Barat dan menggesa
pemimpin Islam menerima Islam sebagai dasar perjuangan menentang Barat. Kaedah dan idea
perjuangan serta program islah Jamaluddin al-Afghani dilaksanakan melalui pelbagai cara termasuk
proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan seperti akhbar mingguan Arab al-
Urwah al- Wushqa yang berkisar tentang isu penentangan terhadap imperialisme Barat, kemerdekaan
dan penjajahan merupakan mala petaka terhadap umat Islam. Jamaluddin al-Afghani telah
menubuhkan Misri al-Falat (Pertubuhan Mesir Muda) iaitu sbeuah pertubuhan sulit bersifat
nasionalisme yang bertujuan menamatkan penjajahan British di Mesir. Beliau turut menubuhkan al-
Hizb alWatani al-Hurr (Parti Kemerdekaan Kebangsaan) iaitu sebuah kumpulan rahsia untuk
membebaskan Mesir dari penjajahan Barat.
Muhamad Abduh menyokong perjuangan Jamaluddin al-Afghani. Beliau menerbitkan majalah al-Manar
dan melaksanakan reformasi di Mesir sewaktu menyandang jawatan mufti dan Syeikh al-Azhar.
Kaedah dan idea perjuangan serta program Islah Muhamad Abduh dilaksanakan melalui pelbagai cara
termasuk proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan, jawatan yang disandang
dan sebagainya. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan
semangat anti-penjajah Barat di kalangan rakyat Mesir.
4. Gerakan Penentangan golongan awam dan tentera
• Sebelum tercetusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, telah muncul dua golongan penentang
terhadap penguasaan asing. Pertama, penentang golongan awam yang terdiri daripada para
bangsawan (pasha), ulama dan tuan tanah daripada golongan fellahin. Kedua, kumpulan pegawai
tentera Mesir berketurunan fellahin.
• Golongan awam terutama ulama menentang penguasaan asing terutama kuasa Barat Kristian ke atas
bumi Mesir. Mereka bimbang pengaruh sekular dan menentang Barat melalui sentiment agama.
Golongan tuan tanah fellahin menerima tekanan dari pemimjam wang berketurunan Kristian yang
berasal dari Lebanon. Kadar faedah pinjaman yang tinggi menyebabkan golongan ini gagal membayar
hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak ansur. Selain itu, golongan ini turut menanggung beban
cukai yang tinggi dalam bidang pertanian yang dikenakan pihak pemerintah bagi memuaskan hati
pemodal asing yang menagih hutang kerajaan sebanyak ₤ 100 juta.
• Tempoh Perang dunia Pertama antara 1914-1918 menyaksikan semangat menentang penjajah
semakin memuncak. Hal ini kerana tuan-tuan tanah tertindas berikutan kegiatan penanaman kapas
disekat oleh British, golongan pertengahan di Bandar menderita kerana harga barangan terlalu tinggi
manakala para petani dipaksa menyertai Palang Merah dan menjadi buruh kepada tentera British.
Fokus golongan tentera Mesir adalah menentang kepimpinan Turki- Circassia yang mempunyai taraf
istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan Turki Uthmaniyah di Mesir. Apabila ada usaha
menghadkan saiz tentera Mesir, ramai pegawai berbangsa Mesir yang diberhentikan perkhidmatan
berbanding dengan pegawai tentera berketurunan Turki-Circassia.
• Kemuncak penentangan, kedua golongan ini bergabung mendokong gerakan nasionalisme Mesir
apabila kuasa Eropah menunjukkan permusuhan. Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel
Ahmad Urabi yang bercita- cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.
7. Pemberontakan Urabi 1881-1882
• Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga 1882 dipimpin oleh Kolonel Ahmad Urabi berjuang
menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajahan British. Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit
dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan
78

