Page 14 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 14
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar di Madinah.
6. Membantu golongan Muhajirin
● Golongan Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Mekah dalam keadaan sehelai
sepinggang. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal,
makanan, keselamatan, modal untuk perniagaan. Malah ada yang sanggup menceraikan salah seorang
isteri seperti Abu Ayub al Ansari bagi membolehkan orang Muhajirin mengambilnya sebagai isteri. Namun,
Abdul Rahman Bin Auf memilih untuk menerima pertolongan kewangan untuk berniaga daripada Abu Ayub
al Ansari. Pertolongan golongan Ansar kepada golongan Muhajirin sebagai saudara seagama telah
membantu nabi s.aw merealisasikan ukhwah Islamiah yang dianjurkan oleh Islam. Senario ini adalah
menjadi contoh kepada satu pengorbanan Ansar di Madinah
7. Mempertahankan agama dan negara Islam
● Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan negara
Islam sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka telah memainkan peranan
penting dalam ekspedisi-ekspedisi ketenteraan seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lain-lain.
8. Mengukuhkan ketenteraan Islam
● Sebahagian golongan Ansar muncul sebagai tokoh-tokoh pahlawan Islam yang terbilang dalam
menghadapi serangan musuh seperti peperangan dengan orang Quraish Mekah. Antara tokoh-tokoh
berwibawa dalam kalangan golongan Ansar seperti Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz.
9. Menyumbang harta benda dan buah fikiran
● Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbang harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai peperangan jihad. Contohnya
Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak (Al-Ahzab). Saad al-Rubai telah
menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu
Abdul Rahman bin Auf. Sebalinya Abdul Rahman in Auf berterima kasih dan meminta Saad al-Rubai
membawa beliau ke pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. Rumah Anas bin Malik juga telah dijadikan
tempat persaudaraan antara golongan Luhajirin dan Anssar dan jumlah yang terlibat dalam peristiwa itu
seramai 90 orang. Golongan Ansar juga menyumbang tenaga, nyawa dan harta benda dalam menghadapi
serangan musuh dalam siri peperangan seperti perang Badar, Uhud dan Khandak.
KESIMPULAN :
Golongan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu mempertahankan dan
mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Peranan mereka mengukuhkan kedudukan
Islam di Madinah. Kesediaan golongan Ansar untuk menerima agama Islam dan menjemput Nabi Muhammad
saw Bersama golongan Muhajirin Mekah sangat besar dan mulia di sisi ajaran Islam.
15

