Page 23 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 23

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

                 Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi. Antaranya ialah kita haruslah
          memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk dengan membuang bekas-bekas yang boleh
          menakung air. Kita juga haruslah memastikan tangki air dan  bekas tadahan hujan ditutup.
          Malahan, pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air hendaklah kita buang airnya sekurang-
          kurangnya seminggu sekali. Kita juga haruslah memastikan saliran atap sentiasa mengalir.
          Tambahan pula, amalan membela ikan di dalam kolah dapat mengurangkan jentik-jentik.
          Kita juga haruslah menggunakan racun semburan serangga untuk membunuh nyamuk.

          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Demam Denggi’, www.infosihat.gov.my, 28 Februari  2020



                                                              5


      1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  dua kata berimbuhan asing dan  dua kata
 Bab     2
         adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina  satu ayat anda sendiri daripada setiap
         perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
         menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
         atau nama khas.


                 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pegangan individu yang bijak, mempunyai
          pandangan jauh, dan mengamalkan perbelanjaan berhemah sehingga berjaya melahirkan
          jutawan. Amalan menabung merupakan satu amalan yang baik berlandaskan kesedaran untuk
          memastikan kedudukan kewangan kukuh. Pada zaman pascaglobalisasi ini, tabiat menabung
          pada lahiriah memang sukar diamalkan lantaran godaan iklan daripada serata pelosok media.
          Namun begitu, jati diri yang ampuh mampu menangkis godaan negatif ini.

          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadikan Menabung Amalan’, www.beritakampus.usm.my


      2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata tugas. Kemudian, anda dikehendaki
         untuk  membina  satu ayat anda sendiri  daripada  setiap  perkataan  yang  dipilih  untuk  menunjukkan
         anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
         imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas


                 Mak Jah bertanyakan arah tujuan suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak
          keluar. Pak Ngah hanya membisu. Mak Jah terus mengulangi pertanyaannya itu. Pak Ngah
          menyatakan dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah
          mencadangkan suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut
          suaminya akan berasa lapar. Pak Ngah memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletak
          jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Jah bertanyakan cara suaminya hendak
          mendapatkan pekerjaam sekiranya dia berhenti kerja. Pak Ngah menjelaskan dia hendak
          memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.










       96
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28