Page 22 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 22

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

             memang menjadi destinasi pilihan mereka kerana mereka mudah dikunjungi. Apabila melihat
             situasi ini, fikiran saya diterpa kegusaran bahawa negara kita ‘dijajah’ secara senyap oleh
             bangsa asing.
             Dipetik dan diubah suai daripada ‘Negara Dijajah Secara Senyap oleh Pendatang Tanpa Izin’’ oleh
             Meganderan Rajagopal, www.bharian.com.my, 19 Mac  2019


        2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian, anda dikehendaki
           untuk  membina  satu ayat anda sendiri  daripada  setiap  perkataan  yang  dipilih  untuk  menunjukkan
           anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
           imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                   Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menaik taraf kepantasan capaian talian Internet
             terutama di kawasan luar bandar dengan segera. Hal ini demikian kerana,  kebanyakan guru   Bab     2
             menggunakan  Google  Classroom untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
             Masalah timbul bagi murid-murid yang tinggal di luar bandar kerana kelemahan pelayar
             Internet  menyebabkan  mereka  ketinggalan  pelajaran.  Kerajaan    perlu  meneliti  perkara  ini
             agar masalah capaian Internet yang rendah di luar bandar dapat diatasi. Kerajaan diharapkan
             agar dapat melaksanakan satu skim khas berbentuk wakaf alat peranti pintar kepada murid
             luar bandar.
             Dipetik dan diubah suai daripada ‘KPM Perlu Segera Atasi Masalah Kepantasan Capaian Internet Agar
             Pelajar Luar Bandar Dapat Belajar’ www.gpsbestari.com, 22 April 2020

                                                                                                               
                                                                 4


        1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian,
           anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
           menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
           menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                   Penampilan diri ini amat penting bagi setiap individu. Dalam etika berpakaian,
             pelbagai aspek dapat kita bincangkan. Antaranya ialah cara pemakaian mestilah sesuai
             dengan majlis yang kita hadiri, masa, dan kumpulan yang menyertai program itu. Tentulah
             tidak sesuai jika kita berpakaian selekeh ketika menghadiri majlis makan malam. Hal ini
             demikian kerana, etika berpakaian yang salah boleh menimbulkan masalah. Contohnya, kita
             mungkin kehilangan peluang untuk menjawat jawatan tersebut walaupun pada dasarnya, kita
             layak. Selain itu, kita perlu melazimi amalan senyum kerana peribadi manusia akan terserlah
             apabila senyuman diukir pada wajah kita.
             Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Penampilan Diri’  www.pnakasowi.blogspot.com, 15
             Februari 2017

        2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga  kata ganda Kemudian, anda dikehendaki
           untuk  membina  satu ayat anda sendiri  daripada  setiap  perkataan  yang  dipilih  untuk  menunjukkan
           anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
           imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas





                                                                                            95
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27