Page 24 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 24
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
A Format dan Bentuk Soalan
Dalam peperiksaan SPM, soalan dalam skop item sintaksis boleh terdiri daripada tiga bentuk soalan,
iaitu:
1. Menukarkan ayat
(a) Calon akan diberikan satu petikan yang panjangnya lebih kurang lima hingga enam ayat yang
bergaris pada bahagian-bahagian tertentu. Calon diminta untuk menukarkan ayat yang bergaris
tersebut kepada bentuk ayat yang lain.
(b) Biasanya, calon hanya perlu menukarkan tiga baris ayat sahaja yang memperuntukkan enam
markah pada saoalan ini. Hal ini bermaksud, setiap ayat yang ditukarkan secara betul akan
memperoleh dua markah. Bab 2
(c) Antara bentuk soalan yang mungkin ditanyakan dalan peperiksaan untuk bahagian ini ialah:
– menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang atau sebaliknya
– menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya
– menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau sebaliknya
2. Membina ayat
(a) Calon akan diberikan satu petikan yang panjangnya lebih kurang lima hingga enam ayat dan calon
diminta untuk membina enam ayat tanya yang bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
(b) Soalan ini diperuntukkan enam markah, maka setiap ayat yang betul, akan memperoleh satu
markah.
3. Menentukan subjek dan predikat dalam ayat
(a) Calon akan diberikan satu petikan yang panjangnya antara lima hingga enam ayat dan calon
diminta untuk memilih tiga ayat.
(b) Berdasarkan tiga ayat tersebut, calon diminta untuk mengenal pasti dan menulis subjek dan
predikat bagi ayat-ayat tersebut.
(c) Soalan ini diperuntukkan enam markah, maka setiap soalan yang betul, calon akan memperoleh
dua markah.
B Strategi Menjawab Soalan Sintaksis
Menukarkan Ayat
1. Calon hendaklah membaca arahan soalan dengan teliti supaya dapat mengenal pasti tugasan dengan jelas.
2. Selepas itu, baca petikan dan teliti ayat yang bergaris.
3. Kemudian, tukarkan ayat tersebut kepada bentuk lain seperti yang diarahkan oleh arahan soalan.
4. Calon haruslah memastikan bahawa ayat yang ditukarkan itu menepati cara penukaran ayat.
5. Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat sebagaimana
ayat yang asal serta mengekalkan maksud asal ayat tersebut.
6. Calon juga haruslah memastikan ayat yang dibina itu tidak mempunyai kesalahan ejaan dan tatabahasa.
7. Lihat cara-cara menukarkan ayat di bawah ini:
(a) Menukarkan Ayat Susunan Biasa kepada Ayat Susunan Songsang
(i) Soalan menghendaki calon menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
(ii) Terdapat dua jenis ayat songsang, iaitu songsang sepenuhnya dan songsang sebahagian.
• Songsang sepenuhnya – Predikat di hadapan dan subjek di belakang.
• Songsang sebahagian – Hanya sebahagian predikat yang dibawa ke hadapan, diikuti
oleh subjek dan diikuti semula dengan sebahagian predikat.
97

