Page 26 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 26

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

             Jawapan


             (i)   Penagihan dadah sebagai penyakit kronik yang mudah berulang dan akan berpanjangan
                  telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
             (ii)  Oleh itu, penagih dadah harus kita anggap sebagai orang sakit yang memerlukan
                  rawatan perubatan.
             (iii)  Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk  menangani masalah penagihan
                  dadah.


           Contoh Soalan dan Jawapan

              Soalan     Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat
                         aktif tanpa mengubah maksud asalnya.                                       Bab     2


                   Akses bahan pembacaan kini tidak lagi terhad kepada media cetak mahupun digital,
             malah ada yang bersifat interaktif. Implikasinya, corak aktiviti pembacaan mutakhir ini tidak
             lagi terikat kepada pembacaan secara bersendiri. Hal ini demikian kerana, wujudnya peluang
             interaktif yang memudahkan pembaca untuk berinteraksi secara berkumpulan atau dua hala.
             Dengan adanya ruang komen dan kesukaan, interaksi bersifat dinamik juga dapat diwujudkan
             antara pembaca dengan penulis. Mereka boleh berkongsi dan bertukar-tukar pandangan serta
             respons. Melalui  perkembangan teknologi dapat meningkatkan penerbitan buku audio yang
             disertakan visual, bunyi latar, dan klip video. Perkembangan ini sudah pasti memberikan
             pengalaman membaca yang lebih menarik berbanding dengan bahan cetak. Buku dan surat
             khabar juga mengalami transformasi seperti disertakan dengan kod QR. Para pembaca boleh
             mengakses laman web penrbit atau penulis dengan  mengimbas kod QR yang diberikan.

             Dipetik dan diubah suai daripada ‘Digital Norma baharu’ oleh Dr. Tina Abdullah, My Metro


             Jawapan

             (i)   Antara pembaca dengan penulis juga dapat mewujudkan  interaksi  bersifat dinamik,
                  dengan adanya ruang komen dan kesukaan.
             (ii)  Penerbit menyertakan visual, bunyi, latar, dan klip video yang dapat meningkatkan
                  penerbitan buku audio melalui perkembangan  teknologi.
             (iii)  Penerbit memberikan kod QR yang membolehkan para pembaca mengakses laman web
                  penerbit atau penulis dengan mengimbasnya.  .

           (c)   Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
               (i)   Soalan menghendaki calon menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
               (ii)   Dalam proses penukaran tersebut, terdapat sekurang-kurang tiga proses yang akan berlaku.
                    •  Penghilangan – tanda noktah bertindih (:) bagi petikan dialog dan tanda petik (“…”) bagi
                      petikan biasa akan hilang
                    •  Penambahan – terdapat penambahan kata misalnya menyatakan dan bertanya
                    •  Penyempurnaan – kata-kata singkatan seperti ni akan menjadi ini, tu akan menjadi itu.






                                                                                            99
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31