Page 25 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 25

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
         Contoh Soalan dan Jawapan

            Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
                       kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.


                 Remaja merupakan golongan pelapis yang akan mentadbir negara pada masa hadapan.
           Sebagai tonggak harapan negara, remaja perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
           ilmu kepimpinan. Hal ini demikian kerana, remaja dapat berperanan apabila tiba masanya
           kelak. Proses tersebut dapat diperoleh melalui pendidikan di sekolah dan di pusat pengajian
           tinggi. Di samping itu, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan akhlak diri yang terpuji.


           Jawapan


    Bab     2  (i)   Merupakan golongan pelapis yang akan mentadbir negara pada masa hadapan remaja.
           (ii)  Perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu kepimpinan remaja.
           (iii)  Haruslah mendidik anak-anak dengan akhlak diri yang terpuji ibu bapa.

         (b)   Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
             (i)   Calon dikehendaki supaya menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
             (ii)   Terdapat dua jenis ayat pasif, iaitu:
                 •  Ayat pasif kata nama diri pertama dan kedua
                 •  Ayat pasif kata ganti nama diri ketiga
             (iii)  Cara menukarkan ayat pasif bagi kata nama diri pertama dan kedua dengan ayat pasif kata
                 ganti nama diri ketiga sangat berbeza.

         Contoh Soalan dan Jawapan

           Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat
                      pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

                 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf penagihan dadah sebagai
          penyakit kronik yang mudah berulang dan akan berpanjangan. Malah Klasifikasi Penyakit
          Antarabangsa WHO pada 1994 menyifatkan ketagihan terhadap sesuatu bahan termasuk
          alkohol dan dadah sebagai gangguan mental. Oleh itu, kita harus menganggap penagih dadah
          sebagai orang sakit yang memerlukan rawatan perubatan. Kita tidak boleh mengenakan
          hukuman penjara bagi kesalahan kecil berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.  Kerajaan
          mengambil  pelbagai  langkah  untuk  menangani  masalah  penagihan  dadah.  Hal  ini  agar
          golongan penagih bebas sepenuhnya daripada belenggu najis ini yang membahayakan itu,
          yang turut membawa kepada penyakit berbahaya seperti HIV dan AIDS akibat perkongsian
          jarum suntikan.
          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penagih Dadah Perlu Diberi Rawatan Jalani Pemulihan’, http://www.
          bharian.com.my/, 29 Jun 2019







       98
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30