Page 27 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 27

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
         Contoh Soalan dan Jawapan

           Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk yang bergaris kepada
                      ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

          Samsul  :  Wah, sedap betul mi goreng ini. Tidak pernah saya makan mi sesedap ini.
          Faisal   :  Betul  sedap  Samsul?  Kalau  sedap,  mengapakah  awak  tak  tambah  lagi?  Masih  ada
                   lagi mi tu.
          Samsul  :  Ya, Faisal. Memang sedap. Sekejap lagi saya akan tambah lagi.
          Faisal  :  Saya belajar menggoreng mi ini daripada nenek saya. Beliau pengusaha restoran di
                   kampung saya.


          Jawapan


 Bab     2
          (i)   Dengan kagumnya, Samsul menyatakan mi goreng itu sangat sedap dan dia tidak
               pernah makan mi sesedap itu.
          (ii)  Faisal memberitahu Samsul bahawa mi tersebut memang sedap dan dia akan menambah
               mi goreng itu sekejap lagi.
          (iii)  Menurut Faisal, dia belajar memasak mi goreng tersebut daripada neneknya. Menurutnya
               lagi, neneknya pengusaha restoran di kampungnya.



         Contoh Soalan dan Jawapan
                       Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan cakap pindah yang bergaris kepada
           Soalan     cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

                 Sambil memintas khayalan Hidayah, Leena menyatakan kepada Hidayah bahawa tidak
          lama lagi mereka akan berpisah dan dia berasa amat sedih. Hidayah meminta Leena supaya
          menjelaskan perkara yang diperkatakan oleh Leena semula sambil meminta maaf kerana
          tidak mendengarnya. Leena menegur Hidayah kerana asyik berangan dan ingin mengetahui
          perkara yang sedang difikirkan oleh Hidayah sambil membongkarkan kesedihan hati teman
          rapatnya itu. Dengan nada sedih, Hidayah menjelaskan sebenarnya dia berasa risau kerana
          tidak lama lagi dia akan masuk ke universiti. Leena ingin mengetahui perkara yang dirisaukan
          oleh Hidayah.  Hidayah mula bercerita dengan menyatakan kebimbangannya tentang tidak
          ada sesiapa yang hendak menjaga adik bongsunya, Hidayat.


          Jawapan


          (i)   “Dayah, tak lama lagi kita akan berpindahlah ya. Aku rasa sedihlah,” Leena memintas
               khalayalan Hidayah.
          (ii)  “Engkau  ni,  Dayah,  asyik  berangan  saja  aku  tengok.  Apa  yang  kaufikirkan  tu?”  kata
               Leena ingin membongkarkan kesedihan hati teman rapatnya itu.
          (iii)  “Siapa nak tengok-tengokkan adik bongsuku, Hidayat nanti?” Hidayah mula bercerita.







       100
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32