Page 50 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 50
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 1 Praktis Ekstra Bonus PdPc Nota Visual
Kata Sendi
Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata sendi nama.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Isu pencemaran sungai hingga mengakibatkan gangguan bekalan air yang menjejaskan hampir lima
juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bukanlah perkara baharu. Kelemahan penguatkuasaan undang-
undang dan kesedaran sesetengah pihak mengenai kepentingan penjagaan kebersihan sungai serta alam
sekitar dikatakan punca utama permasalahan ini. Sikap sesetengah pihak yang suka membuang sampah di
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
merata-rata juga mencerminkan betapa pemikiran masyarakat masih lagi mundur. Selain itu, pembangunan
yang tidak terkawal di kawasan hulu sungai seperti projek pembinaan perumahan dan aktiviti pembuangan
sisa kilang juga dipercayai turut menjadi punca pencemaran air.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penjara Mandatori Pesalah Alam Sekitar’
oleh Mahfuz Mohamad, Kosmo, 18 September 2020
1. baharu – Ibu membelikan adik sepasang kasut bola baharu bagi menggantikan kasutnya yang
sudah koyak.
2. suka – Aina suka melukis potret pada waktu senggang kerana minatnya yang mendalam
terhadap bidang seni lukis.
3. hingga – Safwan menunggang motosikal dengan laju hingga tidak dapat mengelak daripada
melanggar seekor kucing yang tiba-tiba melintas jalan.
4. di – Angela menyusun buku-buku novel miliknya di dalam kotak untuk diberikan kepada
rakannya yang juga peminat novel.
Video
Praktis 2 Kata
Ganda
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata majmuk mantap.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kompleks Perniagaan Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar tidak asing lagi
bagi penduduk tempatan mahupun mereka yang datang dari luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan
orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan peniaga-peniaga bumiputera di
Kedah. Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang dijalankan di Pekan Rabu daripada hasil tanaman
hingga yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Antara peniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana
Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjual cendol dan membuka
kedai kopi serta menjual buah-buahan pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1944.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pekan Rabu Lambang Kemegahan Peniaga Melayu’
oleh Zaid boc Mohd Nor, Utusan Malaysia, 15 Ogos 2020
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 106

