Page 47 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 47

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Penulisan

               Oleh itu, pemberian geran dan alatan pertanian dapat menyemarakkan semangat siswazah untuk
               menceburi bidang berkenaan. Kini, sudah banyak siswazah yang berjaya dalam bidang pertanian
               hasil bantuan dan dorongan daripada kerajaan.
                   Namun begitu, segala insentif, ilmu, dan dorongan yang diberikan oleh pihak tertentu
               tidak akan membuahkan hasil jika para siswazah tidak mempunyai keinginan yang tinggi dalam
               bidang tersebut seperti peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh hal yang
               demikian, graduan haruslah mempunyai semangat yang jitu lagi padu untuk menjadi petani yang
               berjaya. Para siswazah perlu sedar bahawa tidak akan ada bentangan permaidani merah untuk
               mereka. Sudah pasti yang akan menunggu mereka ialah pahit getir perjuangan dan cabaran
               sengit yang tidak kunjung padam. Dengan itu, mereka haruslah mempersiapkan jiwa dan raga
               untuk menempuh keadaan tersebut. Para siswazah jangan sesekali bersikap hangat-hangat tahi
               ayam kerana ini hanya akan merugikan diri mereka.
                   Kesimpulannya, pelbagai usaha perlu dipacu oleh pelbagai pihak secara bersepadu untuk
               mencanakkan motivasi para siswazah untuk menyertai bidang pertanian. Usaha bersepadu
               ini sudah tentu akan menimbulkan minat dan semangat mereka untuk berkecimpung dalam
               bidang tersebut. Hal ini sudah tentu melonjakkan kemajuan negara kita dalam bidang pertanian
               sehingga dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju dalam
               bidang pertanian.


                                                                                        Praktis Ekstra
                                                                                        Karangan Respons Terbuka




             Praktis     1       Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd                            Bonus PdPc Nota Visual
                                                                                        Penipuan di Internet
             Domain Peribadi

               Isu penipuan Internet menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan
               ini. Banyak penipuan dalam talian dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti ‘Macau Scam’,
               ‘Love Scam’ dan penipuan pinjaman.
                    Penipuan terbaharu ialah penipu menyamar sebagai penguat kuasa agensi kerajaan dan
               memperdaya mangsa dengan pelbagai tuduhan jenayah. Mangsa diminta supaya memindahkan
               wang dalam  akaun bank  mereka ke  akaun bank yang lain untuk  tujuan siasatan. Biasanya,
               mangsa terdiri daripada warga emas yang mempunyai wang simpanan yang banyak.
                              Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masyarakat Perlu Peka Penipuan dalam Talian’
                                           oleh Nurshuhaila Ibrahim, www.bharian.com.my, 17 Oktober 2020


             Anda  pegawai  polis  yang  bertanggungjawab  untuk  menangani  kes  penipuan  Internet.  Sebuah
             persatuan bukan kerajaan telah menjemput anda menyampaikan ceramah kepada ahli-ahlinya
             berkaitan dengan penipuan Internet.

             Tajuk ceramah anda ialah ‘Langkah-langkah untuk Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa
             Penipuan Internet’.

             Tulis teks ceramah anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga
             500 patah perkataan.


                                                          97                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52