Page 52 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 52

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Sistem dan Aplikasi Bahasa


                  Sintaksis
                                                                                             Peta Konsep
                                                                                             Sintaksis
            Fokus Topik
            1.  Murid  perlu  mengkaji  proses  pembinaan  ayat  melibatkan  hukum  atau  rumus  tatabahasa  yang  mendasari  kaedah
               penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
            2.  Ayat biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu patah perkataan atau gabungan beberapa patah perkataan yang
               mengandungi maksud yang sempurna.
            3.  Binaan setiap ayat mestilah terdiri daripada kata, frasa, atau klausa yang membentuk subjek dan predikat.
                     Binaan Ayat           Jenis Ayat           Ragam Ayat           Susunan Ayat
                •  Subjek dan predikat  •  Ayat penyata    •  Ayat aktif        •  Ayat bersusunan biasa
                •  Pola ayat         •  Ayat seruan        •  Ayat pasif        •  Ayat bersusunan
                •  Ayat tunggal      •  Ayat tanya         •  Cakap ajuk          songsang
                •  Ayat majmuk       •  Ayat perintah      •  Cakap pindah
                •  Cakap ajuk
                •  Cakap pindah

                  Kesalahan Lazim

            1.   Murid tidak dapat mengenal pasti binaan, hukum, atau rumus sesuatu ayat.
            2.  Ayat yang dibina tidak gramatis kerana tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
            3.  Murid tidak dapat menghasilkan ayat menepati kehendak soalan daripada petikan ayat yang diberikan.









           Praktis     1         Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd                                Praktis Ekstra
                                                                                            Sintaksis

           Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Nyatakan  pola ayat yang bergaris itu sama ada Frasa Nama +
           Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.


                 Cuaca hari ini sangat indah. Ameer dan Nazeem sudah merancang untuk berjoging di
             taman rekreasi. Namun begitu, mereka terpaksa melupakan hasrat mereka itu apabila menerima
             panggilan telefon yang menyatakan sahabat mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
             Ameer dan Nazeem menziarahi Ganesan di hospital. Mereka ke hospital dengan menggunakan
             perkhidmatan e-panggilan. Di pekarangan hospital, mereka mendapati ahli keluarga Ganesan
             dan rakan-rakan dalam keadaan sugul. Mereka diberitahu bahawa Ganesan telah dimasukkan ke
             unit rawatan rapi dan keadaannya kritikal akibat pendarahan di kepalanya.


             1.  Frasa Nama + Frasa Adjektif

             2.  Frasa Nama + Frasa Kerja

             3.  Frasa Nama + Frasa Sendi Nama




           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              108
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57