Page 51 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 51

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Sistem dan Aplikasi Bahasa

               1.  peniaga-peniaga – Peniaga-peniaga diingatkan agar menyediakan alat pengimbas suhu di
                  premis perniagaan masing-masing untuk mengelakkan dikompaun.

               2.  buah-buahan – Ibu membeli buah-buahan di Kedai Usaha Berkat kerana harganya yang jauh
                  lebih murah berbanding pasar raya yang lain.

               3.  bumiputera – Golongan bumiputera diseru agar berkecimpung dalam bidang perniagaan
                  bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

               4.  antarabangsa – Fesyen batik rekaan Razwan Razwill itu berjaya menembusi pasaran
                  antarabangsa.


                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
                                                                                                Nota Visual
             Praktis     3                                                                      Kata Bantu
             Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata bantu dan dua kata penegas. Kemudian
             anda dikehendaki membina  satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
             menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
             imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


                    Istilah nomofobia boleh dikaitkan dengan konsep kebergantungan dan ketagihan seseorang
               terhadap telefon pintar. Kajian menunjukkan 53 peratus pengguna telefon pintar akan berasa
               bimbang apabila kehilangan telefon pintar, kehabisan bateri atau kredit, tidak mempunyai liputan
               rangkaian, dan belum mengecas telefon pintar mereka. Bagi mengatasi masalah ini, penghidap
               nomofobia perlu mengambil langkah dengan hanya mengurangkan tempoh penggunaan telefon
               pintar seperti mengenyahaktifkan notifikasi dan capaian Internet dan menyimpan telefon pintar
               dalam tempoh tertentu. Setiap individu juga harus berusaha untuk membina hubungan sosial
               secara bersemuka agar dapat membina keyakinan diri.

                                                 Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ketagihan Telefon Pintar’
                                                                 oleh Mudiana Mokhsin, Kosmik, Bil.4 2019



               1.  dapat – Kumpulan Pentium dapat menyiapkan diorama yang diminta oleh guru Sains mereka
                  dalam tempoh masa yang ditetapkan.

               2.  belum – “Saya belum menghantar latihan karangan yang diminta oleh Cikgu Amira kerana tidak
                  sempat untuk menyiapkannya semalam,” kata Arvind kepada Joshila.

               3.  juga – “Amira juga akan membuat persembahan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan

                  yang akan diadakan tidak lama lagi,” kata Cikgu Adni kepada Cikgu Saiful.
               4.  hanya – Ooi Weng Seng hanya mendiamkan diri apabila dimarahi ibunya kerana dia sedar akan
                  kesalahannya yang leka bermain permainan video.






                                                         107                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56