Page 48 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 48

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Penulisan
           Pendahuluan:

           kata alu-aluan – pengerusi majlis, guru-guru, dan murid-murid serta ucapan salam kepada para
           hadirin –  menyatakan tujuan berdiri di atas pentas –  menyampaikan ceramah yang bertajuk
           ‘Langkah-langkah  untuk Mengelakkan Diri  daripada Menjadi Mangsa Penipuan Internet’ –  banyak
           penipuan Internet berlaku pada masa ini – melibatkan kerugian yang banyak – mendatangkan trauma
           kepada mangsa
           Isi-isi penting:
           Isi 1: terdapat pelbagai punca penipuan Internet – amat percaya kepada panggilan pihak tertentu –
           mendedahkan kekayaan diri – mudah terpedaya dengan ancaman – tidak mengambil berat tentang

           isu penipuan Internet yang semakin berleluasa masa ini
           Isi 2: bagi mengelakkan menjadi mangsa – tingkatkan kesiapsiagaan – jangan mudah percaya
           kepada pihak tertentu yang mendakwa sebagai mewakili pihak tertentu – langkah terbaik –
           memutuskan panggilan – jangan biarkan pemanggil meneruskan percakapan
           Isi 3: pasang perisian untuk mengesan pemanggil – banyak perisian pada masa ini – dapat mengesan
           ketulenan sesuatu panggilan – bersikap lebih selektif – jangan menjawab semua panggilan dengan
           mudah
           Isi 4: kerajaan melipatgandakan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat – melalui kempen di
           media massa dan media sosial – penting agar masyarakat terus siap siaga supaya tidak menjadi
           mangsa penipuan       Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
           Penutup:

           penipuan Internet berlaku kerana sikap masyarakat – harus berganding bahu untuk menanganinya
           – jangan bersikap sambil lewa – peribahasa mengatakan jerat tidak pernah lupakan pelanduk – pada
           bila-bila masa dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa


           Praktis     2

           Domain Awam

             Keluarga ialah penyumbang terbesar kepada jumlah pembuangan sisa makanan di negara ini.
             Menurut Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebanyak
             16 650 tan makanan dibuang oleh rakyat pada setiap hari.
                  Menurut kajian itu, secara purata sebuah keluarga membazirkan makanan hampir satu
             kilogram. Hal ini menunjukkan amalan pembaziran makanan di negara kita serius dan perlu
             ditangani segera. Kadar ini semakin meningkat pada musim perayaan dan bulan Ramadan.

                                         Dipetik dan diubah suai daripada ‘16 650 Tan Sisa Makanan Dibuang Setiap Hari’,
                                                                    www.hmetro.com.my, 15 April 2019

           Petikan di atas membincangkan isu pembaziran makanan yang semakin tinggi di negara kita.
           Huraikan faktor-faktor amalan ini dan langkah-langkah untuk menanganinya. Panjangnya karangan
           anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              98
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53