Page 53 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 53
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 2 Info
Ayat Bersusunan
Biasa dan Ayat
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan Bersusunan Songsang
biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.
Disleksia ialah gangguan pembelajaran atau bahasa yang mempengaruhi domain literasi.
Punca kesukaran berbahasa dan literasi yang dialami oleh kanak-kanak disleksia masih belum
difahami sepenuhnya. Murid-murid disleksia lebih suka menyendiri dan bermain secara berasingan
dalam dunia khayalan mereka. Kebanyakan murid disleksia mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Hal ini demikian kerana, tahap kebolehan berbahasa mereka tidak sejajar dengan tahap kebolehan
berbahasa murid-murid yang normal. Hal ini dibuktikan dengan murid-murid disleksia lebih suka
menjerit atau menaikkan suara untuk mendapatkan perhatian seseorang.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemahiran Sosial Murid Disleksia’
oleh Vijayaletchuny dan Kavenia, Dewan Bahasa, Bil.10 2020
1. Masih belum difahami sepenuhnya punca kesukaran berbahasa dan literasi yang dialami oleh
kanak-kanak disleksia.
2. Mempunyai keyakinan diri yang rendah kebanyakan murid disleksia.
3. Untuk mendapatkan perhatian seseorang dalam berinteraksi, murid-murid disleksia lebih suka
menjerit atau menaikkan suara.
Praktis 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris menjadi ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.
Pen mata bulat berwarna merah kerap digunakan oleh guru-guru untuk menyemak kerja
rumah atau kertas ujian murid-murid. Pen berwarna hitam dan biru paling kerap digunakan
dalam penyediaan dokumen, menandatangani surat, atau menulis maklumat pada invois. Dalam
kes jenayah yang berkaitan dengan dokumen palsu, kajian forensik akan dibuat berdasarkan isi
kandungan atau penggunaan alat tulis pada dokumen berkenaan. Antara kajian yang dilakukan
termasuklah menganalisis dakwat pen, kertas, dan bahan tambahan yang termendap pada
dokumen yang dipertikaikan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dakwat Pen Bukti Forensik’
oleh Lee Loong Chuen, Kosmik, Bil.3 2019
1. • Pen mata bulat berwarna merah kerap digunakan oleh guru-guru untuk menyemak kerja
rumah murid-murid.
109 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

