Page 13 - Focus SPM 2021 Sains
P. 13

Sains SPM  Bab 2  Nutrisi dan Teknologi Makanan
                10.  Larutan  kultur  ialah  larutan  yang      Larutan kultur Knop   Larutan kultur Sachs
                   mengandungi    kesemua   nutrien   yang
                   diperlukan  oleh  tumbuhan  untuk  tumbuh   Air suling    1000 ml Air suling    1000 ml
                   dengan sihat. Pada sekitar pertengahan kurun   Kalium nitrat   0.2 g  Kalium nitrat   1.0 g
                   ke-19, dua orang ahli botani yang berasal dari   Kalsium nitrat   0.8 g  Kalsium sulfat   0.5 g
                   Jerman, iaitu Julius von Sachs dan  Wilhelm   Kalium dihidrogen  0.2 g  Natrium klorida   0.5 g
                                                                                    Magnesium
                                                               fosfat
                   Knop telah berjaya menyediakan satu larutan   Magnesium          sulfat         0.2 g
                   kultur yang dapat membekalkan semua nutrien   sulfat      0.2 g  Kalsium fosfat   0.5 g
                   untuk pertumbuhan pokok.  Larutan kultur    Ferum(III) fosfat  surih  Ferum(II) fosfat   0.1 g
                   Knop dan larutan kultur Sachs merupakan
                   dua jenis larutan kultur yang biasa digunakan
                   kini.

               Mengkaji Kesan Kekurangan Makronutrien kepada Tumbuhan
                 1.  Bagi mengkaji kepentingan sesuatu nutrien kepada tumbuhan, tumbuhan boleh diletakkan di dalam
                   larutan kultur yang kekurangan nutrien itu. Contohnya, untuk mengkaji kesan kekurangan magnesium,
                   tumbuhan boleh diberikan larutan Knop yang magnesium sulfatnya telah diganti dengan kalium sulfat.
                   Pertumbuhan pokok dalam larutan ini kemudian dibandingkan dengan pertumbuhan pokok dalam
                   larutan Knop yang lengkap.

                 2.  Eksperimen 2.2 menunjukkan cara mengkaji kesan kekurangan makronutrien kepada tumbuhan.

                 Eksperimen 2.2
                  Eksperimen 2.1
                  Eksperimen 2.1
                Tujuan: Mengesan kekurangan makronutrien, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium kepada pertumbuhan
                tumbuhan.
                Pernyataan masalah: Apakah kesan kekurangan makronutrien kepada pertumbuhan tumbuhan?
                Hipotesis: Makronutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium penting untuk tumbuhan tumbuh dengan sihat.
                Pemboleh ubah:
                (a)  dimanipulasikan:  Kandungan nutrien di dalam larutan kultur
                (b)  bergerak balas:  Pertumbuhan anak benih
                (c)  dimalarkan:  Isi padu larutan kultur, keamatan cahaya matahari, saiz dan jenis anak benih
                Bahan:  Air suling, larutan kultur lengkap, larutan kultur tanpa nitrogen, larutan kultur tanpa fosforus, larutan
                kultur tanpa kalium, anak benih kacang, kertas hitam, kapas
                Radas:  Tabung didih, tiub udara, gabus                                                     T
                Prosedur:                                                                                   i
                                                                                                            n
                                                                                                            g
                  1.  Lima set radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.                   t
                                                                                                            k
                                                                                                            a
                  2.  Pertumbuhan dan keadaan anak benih kacang diperhatikan setiap hari, selama tiga minggu.  a
                                                                                                            n
                                                                                                           5
                     Tiub        Anak                          Anak                       Anak
                     udara    benih kacang                  benih kacang                  benih kacang
                               Kapas
                               Gabus
                               Kertas                         Kertas                       Kertas
                               hitam                          hitam                        hitam
                               Larutan        Larutan       Larutan         Larutan        Air suling
                               kultur         kultur tanpa  kultur tanpa    kultur tanpa
                               lengkap        nitrogen      fosforus        kalium

                                                  Rajah 2.6  Susunan radas
                                                                                                   225
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18