Page 64 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 64
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Sekolah mampu menanamkan semangat perpaduan melalui mata pelajaran yang diajar.
Mata pelajaran Sejarah misalnya, dapat mengetengahkan perkara-perkara seperti pembentukan
negara Malaysia yang didukung oleh gabungan parti politik daripada pelbagai kaum. Pembelajaran Bab 1
sebegini turut memberikan kesedaran kepada murid bahawa negara pernah mengalami masalah
yang hampir memusnahkan negara disebabkan oleh masalah perkauman.
Nyata sekali bahawa sekolah berperanan penting dalam menerapkan semangat muhibah dan
perpaduan dalam kalangan murid. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan yang mula diperkenalkan kepada murid-murid tingkatan satu dengan tujuan
untuk menerapkan semangat perpaduan diharap dapat menjadikan usaha penerapan semangat
muhibah dan perpaduan lebih terarah dan berkesinambungan.
14
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Rumah anak-anak yatim yang dikelolakan oleh jawatankuasa kampung anda berada dalam keadaan
uzur dan daif. Anda bersimpati akan keadaan tersebut dan ingin memohon jasa baik orang ramai
agar menghulurkan bantuan. Tulis suatu rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan bagi
menceritakan keadaan tersebut serta nyatakan kemudahan yang diperlukan oleh rumah anak-anak
yatim itu.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2. Sekolah anda telah berjaya untuk menerbitkan beberapa buah antologi cerpen dan puisi hasil karya
murid-murid. Sebagai guru pembimbing, anda ingin berkongsi pengalaman dengan guru-guru di
sekolah lain tentang cara-cara anda menguruskan dan mengendalikan projek tersebut. Sehubungan
itu, anda telah menulis suatu rencana yang bertajuk “Dunia Penerbitan di Sekolah”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
3. Anda ingin menulis rencana yang bertajuk “Ke Arah Merealisasikan Masyarakat Penyayang di Malaysia”
untuk dimuatkan dalam suatu ruangan dalam majalah sekolah anda.
Tulis rencana itu selengkapnya.
4. Masyarakat kita pada masa kini sering disogokkan dengan berita penglibatan remaja dalam kegiatan
lumba haram. Gejala ini seolah-olah tiada penghujungnya meskipun usaha dilakukan untuk
membanterasnya. Anda ingin menyuarakan pendapat anda berhubung dengan cara-cara menangani
perkara ini dalam sebuah akhbar.
Tulis rencana itu selengkapnya.
5. Sebagai wartawan, anda telah menyertai suatu operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sebuah
bandar baru-baru ini.
Tulis berita itu selengkapnya untuk disiarkan dalam akhbar.
61
01 Focus SPM BM.indd 61 12/6/19 4:38 PM

