Page 65 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 65

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                Karangan                         Fakta                   2015  2016  2017  2018  2019


                1.  Karangan jenis fakta meminta anda memberikan penjelasan tentang sesuatu isu dengan menyatakan
                   hujah-hujah yang logik dan bernas.
         Bab     1
                2.  Sertakan bukti dan contoh yang sesuai bagi menyokong isi-isi yang anda kemukakan.
                3.  Karangan jenis fakta tidak mempunyai format tertentu. Walau bagaimanapun, penulisan anda mestilah
                   dimulakan dengan pendahuluan serta diikuti dengan isi-isi dan penutup.
                4.  Susun isi-isi anda mengikut keutamaan daripada yang penting kepada yang kurang penting. Setiap isi
                   hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
                5.  Laras bahasa bagi menulis karangan fakta adalah formal. Oleh itu, anda hendaklah menggunakan
                   perkataan yang mudah, tepat, dan tidak meleret-leret.



                                            Karangan Cemerlang


              Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran negara. Berdasarkan pernyataan
              tersebut, tulis karangan anda yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

                  Kata orang, “Rumahku Syurgaku”. Demikianlah slogan untuk keluarga yang bahagia. Rumah
                merupakan syurga yang menyeronokkan dan kebahagiaan bermula dari rumah. Kebahagiaan
                bukan terletak pada kemewahan, tetapi pada sikap dan perasaan kasih sayang.

                     Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran negara. Oleh itu, peranan
                ibu bapa penting dalam menyemai benih-benih kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa mestilah
                meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak di rumah dan mendidik mereka menjadi insan
                yang berguna kepada negara. Ibu bapa sendiri perlu bertolak ansur dan saling memahami supaya
                menjadi teladan kepada anak-anak.

                     Keluarga bahagia dapat melahirkan anak-anak yang penyayang dan seterusnya dapat
                membentuk masyarakat penyayang. Sekiranya kita dapat membina sebuah masyarakat penyayang,
                negara akan tenteram dan tiada sengketa sesama sendiri. Pembentukan masyarakat penyayang akan
                dapat melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap warga tua dan golongan miskin. Hasilnya,
                kita akan dapat membina sebuah negara yang aman dan damai bersesuaian dengan Wawasan 2020.
                Pembentukan keluarga bahagia menjadi tonggak masyarakat penyayang.
                     Seandainya sesebuah keluarga itu bahagia, sudah tentu anak-anak mempunyai nilai-nilai
                moral yang baik. Hal ini dapat menghalang anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan yang
                tidak diingini seperti jenayah dan penagihan dadah. Negara kita bertuah sekiranya remaja hari ini
                mempunyai moral yang tinggi kerana mereka merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui
                negara pada masa hadapan.
                     Anak-anak daripada keluarga yang bahagia pasti hidup lebih selesa dan dapat menumpukan
                sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Hal ini mendorong mereka lebih berjaya dalam pelajaran.
                Anak-anak yang berpendidikan penting kepada negara kerana mereka merupakan aset yang dapat
                membangunkan negara menjadi sebuah negara maju.



                 62






         01 Focus SPM BM.indd   62                                                                      12/6/19   4:38 PM
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70