Page 66 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 66
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga bahagia mempunyai fikiran yang tenang dan
bermotivasi tinggi. Mereka akan dapat membantu negara mencapai cita-cita menjadikan Malaysia
sebuah negara maju. Negara kita memerlukan rakyat yang mempunyai daya saing yang tinggi Bab 1
kerana mereka akan dapat menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu melahirkan masyarakat yang saling
berkompromi. Sikap ini hanya dapat diwujudkan melalui pembentukan keluarga bahagia. Melalui
keluarga bahagia, kita dapat melahirkan masyarakat penyayang, prihatin, dan berakhlak tinggi. Oleh
itu, peranan ibu bapa, kerajaan, dan media massa penting dalam mewujudkan sebuah negara yang
sejahtera dan makmur.
Keluarga Bahagia,
Remaja Gembira
INFO
15
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Masalah cetak rompak telah lama berakar umbi sejak zaman muzik piring hitam lagi. Ekoran daripada
masalah tersebut, syarikat rakaman dan industri muzik di negara ini semakin tenat dan akan terus
memasuki zaman gelap.
Nyatakan kesan-kesan cetak rompak terhadap syarikat rakaman dan industri muzik serta cadangkan
cara-cara untuk mengatasinya.
2. Sejak akhir-akhir ini, kes jenayah semakin menjadi-jadi dan nisbah bilangannya kian meningkat.
Pelbagai jenis jenayah berlaku setiap hari sehingga membimbangkan semua pihak.
Nyatakan sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian dan cadangkan cara-cara untuk menanganinya.
3. Penyalahgunaan dadah merupakan antara punca perbuatan jenayah yang mendatangkan pelbagai
angkara kepada rumah tangga, masyarakat, dan negara.
Nyatakan punca-punca berlakunya keadaan sedemikian dan cadangkan cara-cara untuk mengatasinya.
4. Pencemaran udara merupakan isu yang tidak pernah surut diperkatakan. Banyak terdapat implikasi
buruk akibat daripada masalah ini.
Nyatakan kesan-kesan pencemaran udara dan langkah-langkah mengatasinya.
5. Air bersih merupakan keperluan asasi manusia. Malangnya, air bersih kini telah dicemari.
Nyatakan punca-punca pencemaran air dan cara-cara untuk mengawal sumber air daripada terus
mengalami pencemaran.
63
01 Focus SPM BM.indd 63 12/6/19 4:38 PM

