Page 71 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 71
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
17
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
Bab 1
1. Syarikat televisyen swasta turut mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat seperti syarikat
penyiaran televisyen kerajaan.
Berikan ulasan anda tentang peranan stesen televisyen swasta dalam memikul tanggungjawab sosial
kepada masyarakat.
2. Penderaan terhadap pembantu rumah warga asing oleh segelintir majikan di negara kita masih berlaku
hingga hari ini.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
3. Ibu yang bekerja pada waktu malam merupakan punca utama berlakunya sumbang mahram.
Ulas pernyataan tersebut dengan hujah-hujah yang sesuai.
4. Semakin banyak remaja yang masih bersekolah menceburkan diri dalam bidang seni, terutamanya
nyanyian.
Ulas pernyataan tersebut.
5. Generasi muda patut mempelajari seni kraf tangan.
Ulas pernyataan di atas.
Karangan Gambaran/ Keperihalan
1. Karangan jenis ini menghendaki anda menceritakan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa, pengalaman,
dan sebagainya bergantung pada soalan yang dikemukakan. Anda boleh memasukkan unsur saspens
dalam karangan anda itu.
2. Biasanya anda terlibat secara langsung dalam karangan tersebut. Oleh itu, anda perlu memberikan
isi-isi yang jelas, logik, dan terperinci supaya pembaca dapat menggambarkan peristiwa atau suasana
tersebut.
3. Walau bagaimanapun, gambaran dalam karangan anda janganlah terlalu meleret-leret, sebaliknya
gunakanlah bahasa yang mudah dan menarik. Ungkapan atau peribahasa boleh digunakan supaya
dapat menarik perhatian pembaca.
4. Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak mempunyai format yang khusus. Walau bagaimanapun,
anda haruslah membahagikan karangan anda bermula dengan pendahuluan, diikuti dengan isi penting,
dan akhir sekali penutup.
5. Sebelum mula menulis karangan jenis gambaran atau keperihalan, anda hendaklah membaca soalan
dan mengenal pasti kehendak soalan terlebih dahulu. Mulakan karangan anda dengan menyatakan
masa atau tarikh dan tempat sesuatu kejadian itu berlaku.
68
01 Focus SPM BM.indd 68 12/6/19 4:38 PM

