Page 23 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 23

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

            Isi
            –  Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap
              militan kerana muncul gerakan bersifat radikal.
            –  Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama memberi kesan kepada India.
            –  Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar
              INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua
              lapisan masyarakat.
            –  Mahatma  Gandhi yang  beragama  Hindu  mengkritik amalan  kasta  dalam
              agama Hindu.
            –  Akta digubal untuk mempercepatkan rakyat tempatan memerintah India.
            –  Perarakan Garam atau Perarakan Dandi diadakan oleh Mahatma Gandhi
              kerana British memonopoli pengeluaran garam.
    Penggal
            –  Persidangan Meja Bulat diadakan di London.
    1       –  British bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin.
            –  Persidangan Meja Bulat Kedua diadakan dan Gandhi yang menghadiri
              persidangan  tersebut  merasakan  pegawai-pegawai  British  berdolak-dalik
              dalam memberi kuasa mentadbir negara sendiri kepada orang India.
            –  British mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British berkaitan
              masalah perpaduan dalam kalangan rakyat India.
            –  Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan dan Akta Kerajaan India diperkenalkan.
            –  Dalam pilihan raya umum, INC menang besar di lapan wilayah.
            –  Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi.
            –  Rancangan pemisahan India untuk penganut  Hindu dan penganut  Islam
              dilaksanakan.
            –  Muhammad Ali Jinnah memegang jawatan sebagai Gabenor Jeneral Pakistan
              dan Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang pertama.
            Kesimpulan
            –  Pelbagai pihak telah mengambil inisiatif untuk membebaskan India daripada
              penjajahan British.
            –  Perjalanan ke arah mendaulatkan India menempuh ranjau.
            –  Bagaimanapun, usaha membebaskan diri daripada belenggu penjajahan
              terjejas kesan konflik antara orang Hindu dan orang Islam.

          Jawapan
                Proses  dekolonisasi  bermaksud  pembebasan  tanah  jajahan  dengan
            memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Proses ini berlaku
            dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua. Dekolonisasi melibatkan bekas
            tanah jajahan di merata tempat. Hal ini berlaku apabila negara-negara Eropah
            mengalami kemerosotan ekonomi sehingga tidak mempunyai kekuatan untuk
            menguasai tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua. Desakan hebat
            daripada penduduk tempatan khususnya golongan intelek menyebabkan
            proses dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.
                Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai
            tahap militan kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang memainkan
            peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap British. Gerakan


                                          80




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   80                                        04/04/2019   5:25 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28