Page 14 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 14
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
Soalan 4
Huraikan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua (1939 – 1945). [20]
Rangka Jawapan
Pendahuluan
– Berlaku selepas 20 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama.
– Kuasa Berikat dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Rusia.
– Pakatan Paksi disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun. Penggal
Isi
– Pertembungan ideologi demokrasi menentang fasisme dan nazisme.
– Kelemahan Perjanjian Versailles. 1
– Desakan ekonomi.
– Sikap negara-negara terlibat.
– Nasionalisme melampau atau Ultranasionalisme.
– Keperluan ekonomi.
– Keselamatan negara.
Kesimpulan
– Perang Dunia Kedua menyaksikan kerakusan pemimpin-pemimpin negara
tertentu cuba bertindak menyaingi antara satu sama lain.
– Ruang lingkup Perang Dunia Kedua lebih luas jangkauannya yang turut
melibatkan benua Eropah, Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
Jawapan
Perang Dunia Kedua meletus selepas 20 tahun berakhirnya Perang Dunia
Pertama. Perang ini berlaku sekitar tahun 1939 hingga 1945 dan dianggap
sebagai peristiwa yang sangat tragik. Perang ini melibatkan dua pihak, iaitu
Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan
Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.
Antara sebab berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah ialah
pertembungan ideologi, iaitu ideologi demokrasi menentang fasisme dan
nazisme. Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang merupakan seorang
diktator Itali antara tahun 1922 hingga 1943. Fahaman ini mengutamakan
kepentingan negara melebihi kepentingan individu serta menekankan dasar
peluasan wilayah. Mussolini telah menakluk Habsyah di Afrika dan tindakan
tersebut mendapat kecaman antarabangsa dan Liga Bangsa. Selain itu,
beliau juga menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghapuskan
penentangan penduduk tempatan.
Manakala Nazisme pula muncul di Jerman dan diasaskan oleh Adolf
Hitler. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1933 dan
memiliki tentera peribadi (Parti Nazi) serta mengetepikan perlembagaan
dengan menumpaskan semua tentangan dalam negeri dan melantik dirinya
71
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 71 04/04/2019 5:25 PM

