Page 21 - Hybrid PBD Sains TG3_Edisi Guru
P. 21
Cadangan PdPc
1. Sehari sebelum aktiviti dijalankan, murid merendam batang saleri (tumbuhan monokotiledon) dan pokok keembung (tumbuhan dikotiledon)
dalam larutan berwarna. Letakkannya di kawasan yang menerima cahaya matahari.
2. Guru menerangkan prosedur mengenal pasti kedudukan xilem dan floem.
3. Dalam kumpulan, murid menyediakan slaid keratan rentas akar, batang dan daun bagi batang saleri dan pokok keembung.
4. Murid memerhati slaid keratan rentas menerusi mikroskop cahaya dan mengenal pasti kedudukan xilem dan floem bagi akar, batang dan
daun tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.
5. Murid melukis dan melabel keratan rentas setiap spesimen bagi menunjukkan kedudukan xilem dan floem.
6. Murid berbincang mengenai pemerhatian yang diperolehi dan membuat kesimpulan.
7. Selepas aktiviti, murid menampalkan hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
8. Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalkan di atas hasil kerja tersebut.
9. Murid membuat aktiviti dan melengkapkan pemerhatian dan perbincangan pada muka surat 57.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
3.5 Sistem peredaran darah 3.5.1 Membandingkan sistem peredaran darah dalam
dalam haiwan dan sistem haiwan dengan sistem pengangkutan dalam S1 TP2
pengangkutan dalam tumbuhan tumbuhan 58
Buku Teks S2 TP4
m.s 113-115
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Peta i-Think Menilai
EMK i-THINK Nilai Murni
Kreativiti dan inovasi Peta buih berganda Mensyukuri nikmat kurniaan tuhan,
bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Dalam kumpulan, murid diberi topik membandingkan sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan.
2. Murid membina peta i-Think untuk membandingkan kedua-dua jenis sistem pengangkutan ini dan mempersembahkan di dalam kelas.
3. Murid membuat aktiviti pada muka surat 58.
EG 14
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. BAB 3
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00 Hybrid SC Tg3_Pdpc (BM Ver).indd 14 8/3/21 9:06 AM

