Page 14 - APS(2022)_TG5 _Edisi Guru
P. 14

Sains  Tingkatan 5  Bab 1

                 Cadangan PdPc
               1.  Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan mengikut teknik-teknik aseptik seperti berikut:
                  (a)  Pensterilan
                  (b)  Pendidihan
                  (c)  Penggunaan disinfektan
                  (d)  Antiseptik
                  (e)  Penggunaan sinaran
               2.  Setiap kumpulan mencari maklumat dan berbincang mengenai teknik aseptik masing-masing.
               3.  Seterusnya, setiap kumpulan menyediakan bahan penyampaian ke atas kertas sebak.
               4.  Salah seorang ahli kumpulan akan berdiri di depan hasil pameran tersebut untuk memberi penerangan kepada murid-murid yang
                  melawat ke stesen.
               5.  Ahli kumpulan yang selebihnya akan melawat kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat tentang teknik aseptik yang lain.
               6.  Ahli kumpulan kemudian kembali ke kumpulan masing-masing dan berkongsi maklumat dengan rakan yang tinggal.
               7.  Murid melengkapkan soalan pada muka surat 20.
                 Panduan RPH
                                                 Standard Kandungan (SK)       Standard Pembelajaran (SP)   Halaman
                           Aktiviti
               1.10 Kesan Antibiotik terhadap   1.3  Pencegahan dan Rawatan   1.3.3  Menjalankan eksperimen
                   Pertumbuhan Bakteria   Buku Teks  Penyakit yang Disebabkan oleh   mengkaji kesan antibiotik   21 – 22
                                     m.s 37 – 39  Mikroorganisma                 terhadap pertumbuhan bakteria

               Tahap Penguasaan:  TP 4  Menganalisis pengetahuan mengenai mikroorganisma dalam konteks penyelesaian masalah mengenai
                                     kejadian atau fenomena alam
                               BBM                       PAK-21                            KBAT
                  Buku teks, set radas (rujuk aktiviti 1.10)  Pendekatan Inkuiri        Menganalisis
                               EMK                       i-THINK                         Nilai Murni

                         Sains dan teknologi                –               Menghargai sumbangan sains dan teknologi
                 Cadangan PdPc
               1.  Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan.
               2.  Murid diminta menjalankan eksperimen dengan merujuk kepada prosedur aktiviti 1.10.
               3.  Selepas dua hari, murid mencatatkan hasil pemerhatian.
               4.  Murid melengkapkan soalan perbincangan dan kesimpulan pada muka surat 22.
                 Panduan RPH
                                                 Standard Kandungan (SK)       Standard Pembelajaran (SP)   Halaman
                           Aktiviti
               1.11  Kaedah Rawatan Penyakit   1.3  Pencegahan dan Rawatan   1.3.4  Berkomunikasi tentang kaedah
                   Berjangkit         Buku Teks  Penyakit yang Disebabkan oleh   rawatan penyakit berjangkit  23
                                      m.s 40 – 41  Mikroorganisma

               Tahap Penguasaan:  TP 1  Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran saintifik mengenai mikroorganisma
                               BBM                       PAK-21                            KBAT
                       Buku teks, skrip lakonan          Role Play                        Mencipta
                               EMK                       i-THINK                         Nilai Murni
                      Bahasa, sains dan teknologi           –          Menghargai sumbangan sains dan teknologi, bekerjasama
                 Cadangan PdPc
               1.  Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan.
               2.  Guru membantu murid menentukan tempat, masa dan senario. Rujuk kepada contoh berikut:
                  Tempat: Klinik kesihatan
                  Senario:  Doktor menerangkan fungsi ubat yang berlainan jenis (anti-virus, antibiotik dan anti-kulat) kepada pesakit-pesakit yang
                         mempunyai isu kesihatan yang berlainan serta bahayanya penggunaan ubat tersebut secara berlebihan
                  Watak 1: Doktor
                  Watak 2: Pesakit dengan penyakit peparu jangkitan bakteria
                  Watak 3: Pesakit dengan penyakit kaki makan air (athlete’s foot)
                  Watak 4: Pesakit dengan penyakit kayap
               3.  Setiap kumpulan diberikan tempoh 15 minit untuk melakukan sumbang saran dan menyediakan skrip dialog.
               4.  Semua kumpulan diberikan peluang untuk membuat persembahan di hadapan kelas.
               5.  Murid melengkapkan soalan pada muka surat 23.




              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
                                                            EG    1-4





         Strategi PdPc.indb   4                                                                                     7/28/21   2:28 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19