Page 15 - APS(2022)_TG5 _Edisi Guru
P. 15
TEGI
STRATEGI
STRA
STRATEGI
BAB
2 STRA TEGI PdPc
Sains Tingkatan 5 Bab 2
BAB 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
Nutrition and Food Technology
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.1 Gizi Seimbang Buku Teks 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 2.1.1 Memerihalkan gizi seimbang 29
m.s 48
Tahap Penguasaan: TP 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran saintifik mengenai nutrisi
BBM PAK-21 KBAT
Kad imbas Mix and Match Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi – Sistematik, yakin dan beretika
Cadangan PdPc
1. Guru mengagihkan kad-kad imbas secara rawak kepada murid. Setiap murid memegang satu kad imbas.
2. Setiap kad imbas mengandungi salah satu jenis maklumat seperti berikut:
• Kelas makanan
• Fungsi
• Contoh makanan
3. Murid diminta mencari kad imbas yang sepadan dengan kad imbas yang ada pada mereka. Contohnya, jika murid tersebut
memegang kad imbas bertulis ‘Ikan’, maka dia perlu mencari murid-murid lain yang memegang kad imbas bertulis ‘Protein’ dan
‘Menggantikan tisu rosak’.
4. Kumpulan yang paling pantas mencari semua kad imbas yang sepadan akan diberi ganjaran.
5. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 29.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.2 Nilai Kalori bagi Kelas Makanan 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 2.1.1 Memerihalkan gizi seimbang 30
yang Berlainan Buku Teks
m.s 50 – 51
Tahap Penguasaan: TP 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran saintifik mengenai nutrisi
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, kertas sebak, pen penanda Flipped Classroom Mengaplikasi, menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi – Minat dan sifat ingin tahu, mengamalkan gaya hidup yang
sihat dan sederhana
Cadangan PdPc
1. Guru memberi tugasan kepada murid:
• Nilai kalori setiap kelas makanan
• Cara menghitung jumlah kalori yang diambil mengikut kuantiti makanan yang dimakan
2. Murid mengumpul maklumat dan berbincang dalam kumpulan.
3. Guru meminta murid mencatatkan semua makanan yang diambil semasa sarapan pagi dan menghitung/menganggar jumlah
kalori masing-masing.
4. Hasil penghitungan kalori dibentangkan di hadapan kelas.
5. Selepas pembentangan, guru membimbing murid dengan menganalisis makanan yang diambil oleh murid untuk sarapan.
6. Guru boleh mencadangkan jenis dan kuantiti makanan yang harus diambil oleh murid untuk sarapan supaya murid dapat
mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
7. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 30.
EG 2-1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Strategi PdPc.indb 1 7/28/21 2:28 PM

