Page 19 - APS(2022)_TG5 _Edisi Guru
P. 19
Sains Tingkatan 5 Bab 2
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.11 Kesan Penggunaan Racun 2.4 Teknologi Pengeluaran Makanan 2.4.2 Menilai penggunaan racun
Serangga dan Kawalan Biologi serangga dan kawalan biologi 45
Buku Teks dalam meningkatkan kualiti dan
m.s 73 – 74 kuantiti pengeluaran makanan
Tahap Penguasaan: TP 4 Menganalisis pengetahuan mengenai teknologi makanan dalam konteks penyelesaian masalah
mengenai kejadian atau fenomena alam
BBM PAK-21 KBAT
Kertas berwarna, gam, gunting, gambar dan Menghasilkan buku Mencipta
bahan lain mengikut kreativiti murid skrap
EMK i-THINK Nilai Murni
Kreativiti dan inovasi, bahasa – Bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu buku skrap yang mengandungi perkara-perkara di bawah:
(a) Maksud dan contoh racun serangga yang digunakan (c) Maksud dan contoh kawalan biologi
(b) Kesan penggunaan racun serangga (d) Kesan pengamalan kawalan biologi
3. Murid diberi tempoh seminggu untuk menyiapkan buku skrap masing-masing.
4. Setelah siap, murid akan mempamerkan buku skrap masing-masing di sudut hasil kerja murid di kelas.
5. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 45.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.12 Teknologi Pemprosesan 2.5 Teknologi Pemprosesan 2.5.1 Berkomunikasi mengenai 46 – 48
Makanan Buku Teks Makanan teknologi pemprosesan makanan
m.s 75 – 79
Tahap Penguasaan: TP 2 Memahami teknologi makanan dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, Internet Jigsaw Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi – Sistematik, yakin dan beretika
Cadangan PdPc
1. Guru membahagikan murid secara rata ke dalam kumpulan ‘pakar’ seperti berikut:
(a) Kumpulan A: Pengetinan (b) Kumpulan B: Pempasteuran (c) Kumpulan C: Penyejukbekuan
(d) Kumpulan D: Penapaian (e) Kumpulan E: Memasak (f) Kumpulan F: Pendehidratan / Pengeringan
(g) Kumpulan G: Pembungkusan vakum (h) Kumpulan H: Penyinaran
2. Setiap ahli kumpulan diberikan nombor seperti 1, 2, 3, 4, …
3. Setiap kumpulan dibekalkan sumber dan maklumat untuk mengkaji jenis teknologi pemprosesan makanan yang berlainan.
4. Selepas 15 minit, guru menyusun semula murid kepada kumpulan-kumpulan berikut:
(a) Kumpulan 1: Murid yang memegang nombor 1 (b) Kumpulan 2: Murid yang memegang nombor 2 dan seterusnya
5. ‘Pakar’ bagi topik tertentu dalam setiap kumpulan akan menyampaikan bahan maklumatnya mengenai teknologi pemprosesan
makanan yang tertentu kepada yang lain. Ahli kumpulan menerima maklumat daripada ‘pakar’.
6. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 46 – 48.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.13 Bahan Kimia dalam 2.5 Teknologi Pemprosesan 2.5.1 Berkomunikasi mengenai 49
Buku Teks
Pemprosesan Makanan m.s 80 – 81 Makanan teknologi pemprosesan makanan
Tahap Penguasaan: TP 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran saintifik mengenai teknologi makanan
BBM PAK-21 KBAT
Kad imbas Mix and Match Mengaplikasi
EG 2-5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Strategi PdPc.indb 5 7/28/21 2:28 PM

