Page 17 - APS(2022)_TG5 _Edisi Guru
P. 17

Sains  Tingkatan 5  Bab 2

                   Cadangan PdPc
                 1.  Murid menjalankan aktiviti ini secara berpasangan.
                 2.  Guru memberikan topik kepada murid untuk difikirkan secara individu dalam tempoh masa 5 minit.
                 3.  Topik tersebut ialah ‘Kesan pengambilan jumlah kalori yang tidak menepati keperluan individu’.
                 4.  Selepas itu, murid berkongsi dan membandingkan maklumat diperolehi secara berpasangan dalam tempoh 10 minit. Murid
                    membuat kesimpulan mengenai maklumat yang diperolehi.
                 5.  Selepas masa tamat, guru memilih beberapa murid secara rawak untuk berkongsi maklumat mereka dengan keseluruhan kelas.
                 6.  Murid melengkapkan soalan pada muka surat 35.
                   Panduan RPH
                                                   Standard Kandungan (SK)       Standard Pembelajaran (SP)   Halaman
                             Aktiviti
                 2.6  Makronutrien dan Mikronutrien  2.2  Keperluan Nutrien oleh   2.2.1  Menjelaskan dengan contoh
                                        Buku Teks  Tumbuhan                        fungsi makronutrien dan      36
                                         m.s 57                                    mikronutrien kepada tumbuhan

                 Tahap Penguasaan:  TP 1  Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran saintifik mengenai nutrisi
                                 BBM                       PAK-21                            KBAT
                    Buku teks, kertas sebak, pen penanda  Round Table                          –
                                 EMK                       i-THINK                         Nilai Murni

                           Bahasa, nilai murni            Peta bulatan             Bekerjasama, bertanggungjawab
                   Cadangan PdPc

                 1.  Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan.
                 2.  Setiap kumpulan diberikan lembaran kertas yang terlukis dua peta bulatan. Satu peta bulatan adalah untuk makronutrien dan
                    satu lagi untuk mikronutrien.
                 3.  Secara bergilir-gilir, murid dikehendaki melengkapkan kedua-dua peta bulatan masing-masing.
                 4.  Lembaran kerja setiap kumpulan akan dipamerkan pada papan tanda.
                 5.  Seorang wakil dari setiap kumpulan diminta tampil ke depan untuk membentangkan hasil kerja mereka.
                 6.  Murid lain digalakkan bertanya dan memberi komen sekiranya terdapat ketidaktepatan maklumat.
                 7.  Murid melengkapkan soalan pada muka surat 36.
                   Panduan RPH
                                                   Standard Kandungan (SK)       Standard Pembelajaran (SP)   Halaman
                             Aktiviti
                 2.7  Fungsi Nutrien dan Kesan   2.2  Keperluan Nutrien oleh   2.2.1  Menjelaskan dengan contoh
                     Kekurangan Nutrien   Buku Teks  Tumbuhan                      fungsi makronutrien dan    37 – 38
                                       m.s 58 – 59                                 mikronutrien kepada tumbuhan

                 Tahap Penguasaan:  TP 2  Memahami nutrisi dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut
                                 BBM                       PAK-21                            KBAT
                    Kad-kad yang bertulis fungsi dan kesan   Who am I                     Menganalisis
                        kekurangan sesuatu nutrien
                                 EMK                       i-THINK                         Nilai Murni
                           Sains dan teknologi                –                    Bekerjasama, bertanggungjawab
                   Cadangan PdPc
                 1.  Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan.
                 2.  Wakil setiap kumpulan diberikan kad-kad yang mengandungi sama ada fungsi atau kesan kekurangan sesuatu nutrien tumbuhan.
                 3.  Wakil kumpulan akan membacakan kandungan dalam kad tersebut dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka nama nutrien
                    tersebut.
                 4.  Kumpulan yang paling banyak memberikan jawapan yang tepat akan diberi ganjaran.
                 5.  Murid melengkapkan soalan pada muka surat 37 – 38.
                   Panduan RPH
                                                   Standard Kandungan (SK)       Standard Pembelajaran (SP)   Halaman
                             Aktiviti

                 2.8  Keperluan Nutrien oleh   2.2  Keperluan Nutrien oleh    2.2.2  Menjalankan eksperimen untuk
                     Tumbuhan           Buku Teks  Tumbuhan                        mengkaji kesan kekurangan   39 – 41
                                        m.s 60 – 61                                makronutrien kepada tumbuhan




                                                              EG    2-3                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         Strategi PdPc.indb   3                                                                                     7/28/21   2:28 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22