Page 16 - APS(2022)_TG5 _Edisi Guru
P. 16
Sains Tingkatan 5 Bab 2
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.3 Keperluan Kalori Buku Teks 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 2.1.1 Memerihalkan gizi seimbang 31
Individu m.s 48
Tahap Penguasaan: TP 2 Memahami nutrisi dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Think-Pair-Share Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Bahasa, nilai murni – Minat dan sifat ingin tahu
Cadangan PdPc
1. Murid menjalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Guru memberikan topik kepada murid untuk difikirkan secara individu dalam tempoh masa 5 minit.
3. Topik tersebut ialah ‘Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori individu’.
4. Selepas itu, murid berkongsi dan membandingkan maklumat diperolehi secara berpasangan dalam tempoh 10 minit. Murid
membuat kesimpulan mengenai maklumat yang diperolehi.
5. Selepas masa tamat, guru memilih beberapa murid secara rawak untuk berkongsi maklumat mereka dengan keseluruhan kelas.
6. Murid melengkapkan soalan pada muka surat 31.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.4 Menganggarkan Nilai Kalori 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 2.1.2 Menjalankan eksperimen untuk
dalam Sampel Makanan Buku Teks menganggarkan nilai kalori 32 – 34
m.s 50 – 53 dalam sampel makanan
Tahap Penguasaan: TP 2 Memahami nutrisi dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, set radas (rujuk aktiviti 2.4) Pendekatan Inkuiri, Menganalisis
Aktiviti Berstesen
EMK i-THINK Nilai Murni
Sains dan teknologi Peta alir Jujur dalam merekod data, sistematik, yakin dan beretika
Cadangan PdPc
1. Guru membahagikan murid ke dalam tiga kumpulan. Sampel makanan yang berlainan (kacang gajus, roti putih, ikan kering)
diberikan kepada setiap kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan memasang satu set radas pada stesen yang ditetapkan.
3. Murid diminta menjalankan eksperimen dengan merujuk kepada prosedur aktiviti 2.4. Hasil pemerhatian dicatatkan dalam ruang
‘Keputusan’ pada muka surat 33.
4. Selepas 10 minit, kumpulan saling bertukar stesen dan langkah 3 diulangi sehingga semua sampel makanan telah diuji.
5. Guru membimbing murid dengan membincangkan dan membandingkan keputusan setiap kumpulan dan membuat kesimpulan
untuk aktiviti ini.
6. Murid melengkapkan soalan perbincangan dan kesimpulan pada muka surat 34.
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Aktiviti
2.5 Kesan Pengambilan Jumlah 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 2.1.3 Mewajarkan kesan pengambilan
Kalori yang Tidak Menepati jumlah kalori yang tidak 35
Keperluan Individu Buku Teks menepati keperluan individu
m.s 53 – 56
Tahap Penguasaan: TP 4 Menganalisis pengetahuan mengenai nutrisi dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian
atau fenomena alam
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks Think-Pair-Share Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Bahasa, nilai murni – Minat dan sifat ingin tahu
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
EG 2-2
Strategi PdPc.indb 2 7/28/21 2:28 PM

