Page 19 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 19

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                           7       Panduan dalam Perbelanjaan
                 Model Lestari UPSR
                                   UPSR
             Gambar di bawah ini menunjukkan panduan bijak berbelanja kepada para pengguna.
             Tulis  ulasan  tentang  panduan  bijak  berbelanja  yang  boleh  dipraktikkan  oleh  para  pengguna
             dalam bentuk perenggan.














                Harga yang berpatutan                 BIJAK	                Merekodkan perbelanjaan

                                                   BERBELANJA               harian












                Membuat senarai barangan                                    Membandingkan harga
                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan


             Setiap individu merupakan pengguna. Antara panduan bijak berbelanja yang boleh dipraktikkan
             oleh pengguna ialah merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan mengunjungi pusat beli-belah
             yang  menawarkan  harga  yang  berpatutan  agar  dapat  mengawal  perbelanjaan  dan  berjimat
             cermat semasa berbelanja.
                  Selain  itu,  pengguna  haruslah  menyenaraikan  barangan  yang  hendak  dibeli  supaya
             mengutamakan  barangan  keperluan  berbanding  dengan  barangan  kehendak.  Sikap  ini  dapat
             mengelakkan berlakunya pembaziran. Seterusnya, pengguna hendaklah membuat perbandingan
             harga  barangan  supaya  tidak  menjadi  mangsa  kepada  peniaga  yang  menaikkan  harga
             barangan sewenang-wenangnya. Di samping itu, kita mestilah merekodkan segala perbelanjaan
             supaya dapat melakukan pengiraan dengan tepat dan merancang perbelanjaan keluarga.
                  Oleh itu, Jadilah	Pengguna	Bijak	agar wang gaji dapat diuruskan dengan baik tanpa perlu
             berhutang dengan orang lain sehingga membebankan diri dan keluarga.




               dipraktikkan – diamalkan, dilaksanakan, dilakukan
               Jadilah	Pengguna	Bijak	– pengguna yang mampu menguruskan perbelanjaan dengan baik dan menyedari
               hak sebagai seorang penguna


                                                                                                   59






      BAHAGIAN B.indd   59                                                                           11/10/16   4:30 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24