Page 24 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 24

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                        12
                                 UPSR
               Model Lestari UPSR                Mari Menabung
           Gambar di bawah ini menunjukkan poster Kebaikan Amalan Menabung.
           Tulis ulasan tentang kebaikan amalan menabung dalam bentuk perenggan.




                             MENABUNGLAH DEMI MASA DEPAN ANDA

               Teknik Menabung
                                                  Simpanan jangka
                                                  masa panjang

            Keperluan                   10%                                       DISIPLIN
                                                         Pelajaran             MENABUNG!
                                             10%
                                                                              Amalan Menabung

                                                10%          Kecemasan     Menjamin Masa Depan
                            55%

                                             10%
                                                            Perbelanjaan
                                           5%
                                                     Kebajikan


               M  odel  J awapan
               Model Jawapan


           Amalan  menabung  merupakan  amalan  murni  yang  dapat  melatih  diri  kita  supaya  berjimat
           cermat. Amalan menabung harus dipupuk sejak kecil atau sejak di bangku sekolah lagi kerana
           dapat menjamin masa hadapan.
                Individu  yang  bijak  menguruskan  wang  dapat  menggunakan  wang  tabungannya  untuk
           melanjutkan pelajaran, bak peribahasa Melayu sediakan	payung	sebelum	hujan. Wang tabungan
           tersebut mampu untuk menampung perbelanjaan kita ketika kecemasan, misalnya membiayai
           kos  perubatan.  Dengan  itu,  kita  tidak  perlu  meminjam  wang  daripada  saudara-mara  atau
           sahabat handai. Selain itu, amalan ini dapat juga memupuk disiplin diri untuk membudayakan
           sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.
                Kesimpulannya,  amalan  menabung  haruslah  dipraktikkan  kerana  mampu  mendidik  kita
           menjadi insan yang berfikiran matang, berpandangan jauh, serta mempunyai wawasan yang
           jelas.


                                                                  Kamus

             kos	– harga yang perlu dibayar untuk           sediakan	payung	sebelum	hujan	– membuat
             memperoleh, mengeluarkan, dan menyelenggara    persediaan sebelum terlambat
             sesuatu
             wawasan – fahaman; pandangan




              64






      BAHAGIAN B.indd   64                                                                           11/10/16   4:30 PM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29