Page 15 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 15

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                           4  Penubuhan  Sistem  Jemaah  Menteri  menunjukkan  bahawa  Kelantan  telah
           BAB  Golongan pembesar Nik dan     mempunyai sistem pentadbiran yang mantap sejak abad ke-19 lagi.

          1    Wan membantu mengukuhkan     5  Sultan Muhammad II melaksanakan beberapa perubahan dalam struktur
                                              pentadbiran Kelantan dengan menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat
               kuasa dan kedudukan Sultan
               Muhammad II.  Mereka           dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikan mereka dengan golongan
               memberikan taat setia yang     pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
               tidak berbelah bagi kepada
               baginda.                   E   Sistem Pembesar di Negeri Sembilan
                                           1  Negeri Sembilan dibahagikan kepada daerah atau jajahan yang dipanggil luak.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              Empat luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu, dan Johol. Luak
                                              utama ini diperintah oleh pembesar yang digelar Undang. Undang dipilih
                                              oleh Lembaga. Keempat-empat Undang ini dipertanggungjawabkan untuk
                                              melantik ketua yang dipanggil Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar.
                                           2  Struktur dan organisasi politik yang diamalkan di Negeri Sembilan dapat
                      Adat Perpatih           dilihat daripada perbilangan adat berikut:

                   Undang memilih Yang                           Alam beraja
                     Dipertuan Besar                             Luak berpenghulu
                                                                 Suku berlembaga
                                                                 Anak buah berbuapak
                  Lembaga memilih Undang
                                           3  Undang  berada di puncak hierarki politik dan kepimpinan adat. Beliau
                                              merupakan ‘raja’ dalam luaknya. Undang berkuasa penuh dalam luaknya.
                  Buapak memilih Lembaga
                                              Walau bagaimanapun, sebelum beliau membuat keputusan, beliau
                                              dikehendaki meminta nasihat daripada Majlis Lembaga, iaitu Lembaga
                 Anak Buah memilih Buapak     Tiang Balai yang terdiri daripada lapan orang pembesar.
                                           4  Undang atau Penghulu yang mengetuai pentadbiran di luak akan dibantu
               Rajah 1.2  Sistem pembesar di   oleh Datuk-datuk Lembaga. Misalnya, Dato’ Kelana Putera (Undang Sungai
                       Negeri Sembilan
                                              Ujong) sebelum membuat sesuatu keputusan, beliau perlu berunding dengan
                                              Dato’ Syahbandar (Waris di Air) sebelum berunding dengan Lembaga Tiang
                                              Balai Sungai Ujong.
                                     U
                               PAHANG
                 SELANGOR                  5  Setiap Undang mesti berbincang dan mendapatkan pandangan daripada
                       Jelebu
                                              ketua-ketua adat  (Lembaga) dalam hal-hal berkaitan dengan luaknya.
                            Jempol
                                              Dalam menjatuhkan hukuman seperti hukuman mati, Undang harus merujuk
                   Sungai  Terachi  Muar
                   Ujong                      kepada Majlis Lembaga untuk mendapat kebenaran.
                  Gunung Pasir  Johol  Gemas
                         Inas  Gemencheh  JOHOR
                       Rembau              6  Lembaga ialah  ketua suku. Pemilihan Lembaga berdasarkan konsep
                    Linggi  Tampin  Air
                             Kuning
                                              muafakat semua ahli suku dan bukan majoriti ahli suku. Pemilihan ini
                  SELAT
                        MELAKA
                 MELAKA
                Peta 1.1  Kedudukan luak di   mesti dipersetujui oleh Undang. Lembaga bertanggungjawab atas kebajikan
                       Negeri Sembilan        ahli-ahli sukunya dan beliau dibantu oleh Buapak dalam menjalankan tugas-
                                              tugasnya. Lembaga memerintah suku manakala Buapak memerintah anak
                                              buah.
                                           7  Sebagai pembesar, Lembaga harus hadir di Balai Undang apabila dipanggil
                                              untuk membincangkan masalah luak. Lembaga juga bertindak sebagai
                                              hakim dan orang tengah tentang hal-hal peribadi dan masalah setempat
                                              yang melibatkan anggota sukunya.
                                           8  Buapak ialah Ketua Perut dan setiap anggota perut dikenali sebagai Anak
                                              Buah. Buapak dipilih oleh anggota perut. Pelantikan Buapak mesti disahkan
                                              oleh Lembaga. Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja.
                                           9  Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan,
                                              upacara bercukur rambut, berkhatan, dan penceraian.
                                          10  Buapak diberi penghormatan memilih dan melantik Lembaga.



               12





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   12                                                                28/10/2021   3:54 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20