Page 20 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 20
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
9 Kedua-dua Adat Perpatih dan Adat Temenggung berasal dari Sumatera.
Menurut Terombo, dua orang adik-beradik, iaitu Datuk Perpatih Nan BAB
Sebatang dan Datuk Ketemenggungan telah merangka undang-undang
sendiri. 1
Perbandingan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Aspek Adat Perpatih Adat Temenggung
Pengasasan • Datuk Perpatih Nan Sebatang berkuasa di Pagar • Datuk Ketemenggungan berkuasa di
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Ruyung dan merangka undang-undang sendiri yang Palembang dan merangka undang-undang
dinamakan Adat Perpatih. yang dinamakan Adat Temenggung.
• Dibawa oleh orang Minangkabau ke Negeri Sembilan • Dibawa masuk ke Melaka pada awal abad
pada abad ke-17. ke-15.
• Diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. • Diamalkan di Negeri-negeri Melayu kecuali
Negeri Sembilan.
Bentuk • Diwarisi secara lisan melalui peribahasa dan puisi • Mempunyai pengaruh agama Hindu dan
tradisional. kemudiannya dipengaruhi unsur-unsur
• Bersifat matrilineal, iaitu kaum wanita mempunyai Islam mengikut mazhab Shafie.
kedudukan yang utama dalam masyarakat. Hanya • Bersifat patrilineal, iaitu kaum lelaki
kaum wanita mewarisi harta dan keturunan anak diutamakan. Kaum lelaki dianggap
mengikut suku ibu. Ini bermakna mereka mendapat meneruskan keturunan sesebuah keluarga.
nama dan gelaran daripada suku ibu. Anak perempuan Ini sejajar dengan prinsip hukum faraid yang
menjadi asas wujudnya suku. mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga.
Anak lelaki mewarisi harta ayahnya.
Pelaksanaan Adat Perpatih
A Politik
Sistem pemerintahan
1 Sistem pemerintahan menekankan unsur demokrasi, permuafakatan, dan Mengapakah sistem
musyawarah sebagai asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah. pemerintahan berdasarkan
2 Setiap suku mempunyai wakil dalam pemerintahan. Ini bermakna kedaulatan Adat Perpatih dikatakan
berunsur demokrasi?
berada di tangan rakyat.
3 Mengikut hierarki pemerintahan Adat Perpatih, pelantikan pemimpin dibuat
daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak,
Lembaga, dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
4 Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda
tidak berhak memilih pembesar. Setiap keputusan baginda dibuat setelah Yamtuan Besar
berunding dengan Undang.
5 Sistem pemerintahan berasaskan Adat Perpatih tidak mengamalkan kuasa Undang
mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut
peringkat.
Lembaga
Perundangan / Hukuman
1 Undang-undang jenayah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan, dan
bertimbang rasa. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan Buapak
kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi.
2 Contohnya, seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam Anak Buah
atau kambing bergantung kepada keadaan lukanya.
3 Sekiranya berlaku pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan Rajah 1.3 Struktur
keluarga si mati. pemerintahan di
Negeri Sembilan
17
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 17 28/10/2021 3:54 PM

