Page 19 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 19

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                           7  Jawatan penghulu bukan lagi sesuatu yang berasaskan warisan tetapi
           BAB                                kelayakan. Seseorang penghulu akan dilantik berdasarkan kebolehan,
                                              kelayakan, dan tahap pendidikannya.
          1                                8  Penghulu merupakan pegawai yang dibayar gaji dan diberi pencen. Beliau
                                              boleh ditukarkan untuk berkhidmat di mana-mana mengikut keperluan.
               Selain menjalankan tugas       Walaupun penghulu menerima gaji tetap tetapi beliau masih boleh mendapat
               rasmi, penghulu dikehendaki    sumber pendapatan daripada sistem cabut. Mengikut Perak Order in Council,
               menjalankan tugas tidak rasmi.    penghulu boleh menerima sebanyak 10% daripada cukai yang dipungut oleh
               Misalnya, jika pegawai dari    pejabat kastam atau daripada hasil bijih timah di kawasannya.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
               luar datang ke kawasannya,
               beliau mesti menguruskan dan     9  Pencalonan, pelantikan, pemecatan, pengagihan tugas, dan tanggungjawab
               melayan pegawai tersebut       penghulu diuruskan oleh Residen British dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
               sehingga selesai.
                                          10  Penghulu memainkan peranan penting sebagai agen dan penghubung
                                              antara kerajaan British dengan penduduk di kampungnya. Penghulu ialah
                                              kakitangan kerajaan yang bergaji tetap dan tertakluk di bawah undang-
                                              undang negeri.


                                                1.2  Hukum Adat dan Undang-
                                                       undang

                                           1  Sistem perundangan dalam masyarakat Melayu tradisional amat penting
                                              dalam menjaga hak dan kepentingan golongan pemerintah, mengekalkan
                                              amalan tradisi, menentukan bidang kuasa dan tanggungjawab pembesar,
                                              menjamin keharmonian hidup masyarakat, dan mengawal tingkah laku
                                              individu dalam masyarakat.
                                           2  Masyarakat Melayu mempunyai peraturan hidupnya yang tersendiri.
                                              Peraturan tingkah laku yang dipersetujui ini kemudiannya telah digubal
                                              menjadi undang-undang.
                                           3  Undang-undang ini terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis
                                              yang juga dikenali sebagai hukum adat dan undang-undang bertulis.

                            ’12          1.2.1  Hukum Adat

                 Hasil Pembelajaran        1  Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang
                                              yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga
                Menerangkan bentuk dan        menjadi hukum yang mesti dipatuhi oleh semua.
                pelaksanaan Adat Perpatih     2  Undang-undang ini disebut hukum adat dan sesiapa yang melanggarnya
                dan Adat Temenggung.
                                              boleh dihukum.
                                           3  Sebagai contoh, seseorang yang menghadap sultan mestilah berpakaian
                                              lengkap,  berpancung,  dan  berkeris  di  depan.  Beliau  tidak  dibenarkan
                                              mengadap sultan sekiranya berkeris di belakang.
                                           4  Adat seperti ini tidak pernah tertulis tetapi telah menjadi peraturan istana.
                                              Peraturan tersebut dinamakan hukum adat.
               Bentuk dan pelaksanaan Adat
               Perpatih dan Adat Temenggung     5  Hukum adat berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun
               menunjukkan masyarakat         dan hukum syarak mengikut mazhab Syafie.
               Melayu tradisional bijak dalam
               menguruskan kehidupan.       6  Hukum adat tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh Ketua Adat.
               Perubahan yang ketara dalam     7  Terdapat dua jenis hukum adat di Negeri-negeri Melayu, iaitu Adat Perpatih
               struktur politik dan kuasa     dan Adat Temenggung.
               dalam Adat Perpatih dan Adat
               Temenggung  berlaku selepas     8  Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan
               campur tangan British.         serta pelaksanaan dari segi politik, sosial, dan ekonomi.



               16





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   16                                                                28/10/2021   3:54 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24