Page 17 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 17

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                           4  Pegawai daerah British berkuasa penuh atas segala daerah dan residensi
           BAB                                yang ada. Mereka bertanggungjawab ke atas hal kutipan hasil, pentadbiran,
                                              kehakiman, tanah, kawalan ke atas penghulu, dan menguruskan segala aduan
          1                                   rakyat. Mereka berhak melantik calon-calon untuk jawatan penghulu yang
                                              dahulunya dibuat oleh pembesar daerah.
                                           5  Tugas pembesar daerah dalam hal kehakiman juga diambil alih oleh pegawai
                                              daerah British. Pihak British telah memperkenalkan satu sistem kehakiman
                                              dalam mahkamah berdasarkan undang-undang jenayah British.
                                           6  Walaupun kebanyakan daripada tugas penting pembesar daerah diambil
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              alih oleh pegawai daerah British, tetapi jawatan pembesar daerah masih
                                              dikekalkan. Mereka ditanggung oleh British melalui pemberian elaun
                                              dan pencen sebagai ganti rugi kepada penyerahan dan pengambilan tugas
                                              mengutip cukai dan kawalan hasil.
                                           7  Pembesar daerah tidak diketepikan sama sekali daripada mengambil bahagian
                                              dalam hal-ehwal negeri walaupun kewibawaan mereka dalam hal ini sudah
                                              hilang. Sebagai contoh, di Sabah, pegawai daerah dibantu oleh Ketua Anak
                                              Negeri Sabah. Di Sarawak, jawatan Ketua Melayu Sarawak, iaitu Datu
                                              Patinggi, Datu Temenggung, dan Datu Bandar masih dikekalkan. Pembesar-
                                              pembesar ini membantu kerajaan Brooke dalam memberi nasihat mengenai
                                              undang-undang dan adat Melayu.
                                           8  Pembesar daerah juga diberi gelaran  Majistret Tempatan. Hakim, atau
                                              Penguasa Penghulu. Mereka duduk bersama-sama dengan pegawai British
                                              atau pegawai daerah dalam Mahkamah Daerah dan Residensi untuk
                                              membincangkan kes-kes jenayah tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa
                                              kuasa.

                                         Peranan Pembesar Peringkat Kampung
                                           1  Setiap kampung di Negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri Sembilan)
                                              merupakan  unit politik terkecil yang  ditadbir oleh seorang penghulu atau
                                              penggawa.
                                           2  Penghulu memainkan peranan sebagai perantara antara pembesar daerah
                                              dengan penduduk kampung. Penghulu mempunyai kuasa mutlak di peringkat
                                              kampung.

                                          A   Politik
                                           1  Menjaga keamanan dan keselamatan kampung di bawah jagaannya dengan
                                              menyelesaikan perselisihan orang kampung melalui perundingan. Menjaga
                                              keamanan kampung dengan menangkap penjenayah.
                                           2  Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pembesar daerah dari masa
                                              ke semasa. Penghulu terletak di bawah kawalan pembesar daerah dan
                                              bukannya sultan. Walaupun beliau dilantik oleh sultan melalui surat tauliah
                                              bercap mohor tetapi pada nama sahaja kerana kelulusan datang daripada
                                              pembesar  daerah.  Penghulu  bertanggungjawab  kepada  pembesar  daerah.
                                              Namun, di Terengganu, pada zaman pemerintahan Sultan Omar, penghulu
                                              bertanggungjawab terus kepada sultan.
                                           3  Berkuasa penuh terhadap anak buah. Penghulu biasanya dilantik dalam
                                              kalangan orang kampung yang tertua dan paling dihormati di kampungnya.
                                              Pelantikan penghulu secara turun-temurun. Hubungan penghulu dengan
                                              orang kampung sangat rapat kerana kebanyakan penduduk kampung adalah
                                              saudara-mara beliau. Penghulu berkuasa penuh terhadap anak buahnya dan
                                              memastikan penduduk kampung taat setia kepada sultan.



               14





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   14                                                                28/10/2021   3:54 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22