Page 18 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 18

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)

                   B   Sosial
                    1  Kadangkala, penghulu diarah untuk membekalkan dan menyediakan tenaga                    BAB
                       buruh kepada pembesar atau sultan. Penghulu akan mendapatkan penduduk                  1
                       kampung untuk menjalankan kerja-kerja membina istana, jambatan, terusan,
                       kapal, mengerjakan sawah, dan menghiaskan istana. Semua kerja ini
                       dilakukan melalui sistem kerah.
                    2  Penghulu juga bertanggungjawab untuk mengerahkan dan mengumpulkan
                       penduduk kampung bagi membantu pembesar daerah atau sultan dalam
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       menghadapi peperangan atau ancaman musuh luar.
                   C   Ekonomi
                    1  Penghulu memastikan kegiatan ekonomi berjalan lancar. Penghulu
                       memperoleh sumber pendapatan daripada pelbagai sumber misalnya anak
                       buah menyerahkan sebahagian daripada hasil mereka kepadanya atau anak
                       buah akan membantunya dalam penanaman padi. Pendapatan penghulu
                       juga diperoleh daripada hasil cukai pendapatan.
                    2  Selain itu, penghulu juga melaksanakan sistem pungutan cukai di kampung
                       jagaannya. Akan tetapi, sebahagian cukai yang dipungut itu akan diserahkan
                       kepada pembesar daerah dan yang lain akan menjadi pendapatannya.
                  Perubahan Peranan Penghulu Selepas Campur Tangan British                 ’11
                  (1874)
                    1  British mengekalkan institusi penghulu kerana pengaruh penghulu dalam   British mengekalkan institusi
                       pemerintahan kerajaan kolonial amat penting bagi melaksanakan kemajuan.   penghulu untuk meluaskan
                    2  Penghulu menjadi wakil kerajaan di kampung-kampung mereka. Mereka   dasar imperialisme.
                       tidak hanya mentadbir kampung mereka, tetapi beberapa buah kampung
                       atau mukim. Kampung ditadbir oleh seorang ketua kampung yang terletak
                       di bawah jagaan seorang penghulu.
                    3  Sebelum itu, penghulu menjadi perantara antara pembesar daerah dengan
                       rakyat, kini penghulu menjadi penghubung antara pentadbiran British
                       dengan rakyat.
                    4  Penghulu dilantik oleh kolonial British.  Surat kuasa masih dikeluarkan oleh
                       sultan tetapi atas nasihat Residen British dan bukannya pembesar daerah.
                       Penghulu tidak lagi dikawal oleh pembesar daerah tetapi oleh Pegawai
                       Daerah.
                    5  Residen British Perak, iaitu Hugh Low telah menetapkan peranan penghulu
                       seperti berikut:
                       (a)  Menjaga keselamatan.
                       (b)  Menyelesaikan perselisihan antara anak buahnya.          Dapatkan maklumat tentang
                                                                                     Hugh Low di laman web
                       (c)  Mengutip cukai bagi pihak British dengan kebenaran menyimpan 10%   berikut:
                           untuk kegunaan sendiri.                                   https://en.wikipedia.org/wiki/
                       (d)  Melaksanakan undang-undang British di dalam mukim jagaannya.  Hugh_Low
                       (e)  Menghakimi kes-kes kesalahan yang kecil.
                       (f)  Menguruskan pemberian tanah kepada pemohon.
                    6  Bidang kuasa penghulu diperkemaskan lagi melalui surat kuasa yang
                       dibenarkan oleh undang-undang. Surat kuasa Perak yang dikeluarkan pada   INFO
                       tahun 1890-an terbahagi kepada sembilan bahagian. Penghulu diberikan
                       tugas mengutip segala hasil, memberikan nasihat kepada anak buah,
                       mendaftar penduduk di kawasannya, menahan orang yang bersalah, dan
                       menyelesaikan aduan kecil.



                                                                                                        15





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   15                                                                28/10/2021   3:54 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23