Page 16 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 16

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)

                   F   Sistem Pembesar di Sarawak
                    1  Semasa Kesultanan Brunei, tiga orang pembesar dilantik di Sarawak:                      BAB
                       (a)  Datu Patinggi berperanan seperti Ketua Menteri pada hari ini. Beliau              1
                           bertanggungjawab untuk menyerahkan hasil kepada kerajaan Brunei
                           sebagai ufti.
                       (b)  Datu Temenggung mengawal keselamatan.
                       (c)  Datu Bandar mengurus hal-ehwal perdagangan.
                    2  Semasa pemerintahan Brooke di Sarawak, jawatan Ketua Melayu Sarawak,
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung, dan Datu Bandar dikekalkan. Mereka
                       dibenarkan memungut cukai di kawasan masing-masing tetapi dikehendaki
                       menyerahkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada kerajaan Brooke.
                       Pembesar-pembesar tempatan ini memberi nasihat dalam hal undang-
                       undang dan adat Melayu.

                   G   Sistem Pembesar di Sabah
                    1  Di Sabah, Pegawai Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri yang
                       bertanggungjawab menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip
                       cukai,  membahagikan  tanah,  dan  memastikan  pertanian  berjalan  dengan
                       lancar.
                    2  Di peringkat kampung pula, ketua kampung yang digelar  Orang Tua
                       ditugaskan menguruskan hal-ehwal kampung masing-masing.
                    3  Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh hakim yang dilantik di kalangan Ketua
                       Anak Negeri yang bertanggungjawab dalam adat dan hukum Islam.
                    4  Dalam Majlis Penasihat Pembesar-pembesar Peribumi, hanya Ketua Anak
                       Negeri yang bergelar Orang Kaya-Kaya dibenarkan menghadirinya. Antara
                       pembesar yang terlibat ialah Pangeran Mohamad Abbas, Pangeran Haji
                       Omar, dan Haji Mohamad Saman.
                  Perubahan Peranan Pembesar Daerah Selepas Campur Tangan
                  British (1874)
                                                                                   Campur tangan British di
                    1  Selepas campur tangan British, kedudukan dan kewibawaan pembesar daerah   Negeri-negeri Melayu mulai
                       sedikit demi sedikit dikurangkan. Seorang pegawai Britih yang dikenali   tahun 1874 menandakan
                       sebagai  Pegawai Daerah telah mengambil alih tugas utama pembesar   permulaan proses perubahan
                       daerah, iaitu mengutip cukai. Cukai merupakan sumber pendapatan utama   dalam sistem dan institusi
                       pembesar  daerah  dan  mencerminkan  kedudukan  dan  kewibawaannya   pemerintahan masyarakat
                                                                                   Melayu tradisional. Pengenalan
                       dalam masyarakat Melayu tradisional. Hasil negeri kini diletakkan di bawah   Sistem Residen (1874),
                       tanggungjawab Pegawai Daerah British yang akan membahagikannya kepada   Negeri-negeri Melayu
                       sultan dan pembesar daerah melalui bayaran elaun dan pencen. Ini bermakna   Bersekutu (1896), dan Majlis
                       pembesar daerah kehilangan kewibawaannya selepas campur tangan British.  Mesyuarat Persekutuan (1909)
                                                                                   membuktikan kemerosotan
                    2  Pembesar daerah tidak dibenarkan menyimpan hamba atau orang berhutang.   peranan pembesar daerah di
                       Oleh yang demikian, pembesar daerah tidak lagi mempunyai pengikut yang   Negeri-negeri Melayu.
                       ramai seperti sebelum tahun 1874. Sistem kerah juga dihapuskan melalui
                       campur tangan British. Pembesar daerah tidak boleh menggunakan buruh-
                       buruh kerah untuk urusan peribadinya. Sistem kerah kini dihadkan untuk
                       tugas kerajaan sahaja.
                    3  Pegawai daerah British telah mengambil alih kebanyakan daripada  tugas
                       pentadbiran tempatan yang dijalankan oleh pembesar daerah. Sebelum
                       campur tangan British, pembesar daerah mengawasi pentadbiran daerah
                       dan hal-ehwal kampung melalui penghulu. Kini, kawalan ke atas penghulu
                       dijalankan oleh pegawai daerah British walaupun jawatan penghulu masih
                       dikekalkan.


                                                                                                        13





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   13                                                                28/10/2021   3:54 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21