Page 67 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 67
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
5 Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di tangan
Kuasa Berikat, British kembali semula ke Myanmar.
6 Terdapat penentangan dan perselisihan antara golongan nasionalis
dengan British tetapi segala-galanya dapat diselesaikan secara
berperlembagaan, iaitu secara aman tanpa melalui peperangan seperti yang
berlaku di Indonesia.
7 Penentangan rakyat Myanmar terhadap British secara berperlembagaan
(a) Sebelum British kembali semula ke Myanmar, mereka telah dijanjikan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bincangkan corak taraf kerajaan sendiri. Tetapi pada peringkat awal kedatangan mereka,
penentangan rakyat Myanmar British berusaha memecahbelahkan perpaduan rakyat. Usaha British
terhadap penjajah British ini ditentang oleh golongan nasionalis.
selepas tamatnya Perang
Dunia Kedua. (b) Pertubuhan Anti-Fasis ditukar nama kepada Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasis (LPRAF) yang bertujuan untuk menentang Jepun dan
mencapai kemerdekaan kebangsaan.
(c) Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, British kembali
semula ke Myanmar. Gabenor British, Jeneral Sir Hubert Rance
berunding dengan para nasionalis Myanmar. Pihak British
mencadangkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis diberi perwakilan
minoriti dalam Dewan Eksekutif. Aung San menolak cadangan tersebut
dan melancarkan satu mogok kebangsaan. Oleh demikian, kerajaan
British terpaksa memberikan enam daripada sembilan kerusi dalam
Dewan Eksekutif kepada Liga.
(d) Aung San merupakan pemimpin yang berdiplomatik dan bijak.
Dengan sifat itu, beliau berjaya mendapat sokongan puak-puak Karen,
Shan, Kachin, dan Chui yang pada mulanya enggan tunduk kepada
puak Myanmar. Aung San juga membebaskan Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasis daripada ancaman anasir komunis supaya Liga ini lebih
diterima oleh pihak British.
(e) Pada bulan Disember 1946, pihak British menjemput pemimpin
Myanmar menghantar satu rombongan kemerdekaan ke England.
Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San. Antara isu yang dibincangkan
ialah:
(i) Pilihan raya umum akan diadakan empat bulan selepas Perjanjian
Atlee-Aung San.
(ii) Kabinet Aung San diakui British sebagai kerajaan sementara
menjelang pilihan raya kebangsaan.
Pada 19 Julai 1947, peristiwa (iii) British akan menyokong penyertaan Myanmar dalam Pertubuhan
hitam berlaku dalam sejarah Bangsa-bangsa Bersatu.
kemerdekaan Myanmar. Pada
ketika itu, kabinet sedang (iv) Sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
mengadakan mesyuarat di (v) British akan melantik seorang Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar.
Dewan Majlis. Empat orang (vi) Negeri-negeri kecil di sempadan bebas memilih sama ada ingin
BAB pemuda berpakaian tentera bergabung dengan Myanmar atau sebaliknya.
menceroboh masuk ke
3 Dewan Majlis dan melepaskan (f) Dengan perjanjian Atlee-Aung San, Aung San pulang ke tanah air
tembakan kepada semua ahli dengan penuh keyakinan. Semua ahli rombongan kecuali U Saw dan
kabinet. Dalam peristiwa ini, Ba Sein menyokongnya. Parti Komunis melancarkan mogok dan sabotaj
Aung San, Thakin Mya, Ba serta memusnahkan landasan kereta api.
Win, Mahn Ba Khaing, Ba
Choe, Sawbwa dan A. Razak (g) Walau bagaimanapun, pilihan raya umum diteruskan pada bulan
terbunuh. Didapati bahawa April 1947. Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis mendapat kejayaan
U Saw yang merancang cemerlang. U Nu dilantik sebagai Presiden. Pemimpin utama Myanmar,
pembunuhan tersebut. Beliau
dibicarakan dan dihukum mati. Aung San dibunuh oleh orang upahan U Saw.
368
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 368 28/10/2021 4:04 PM

